
CHERY Malaysia kini membuka pendaftaran minat untuk model SUV premium terbaharu, Chery TIGGO 9 yang tampil dengan gabungan prestasi, teknologi pintar dan keselesaan mewah.
SUV flagship itu direka untuk pengguna yang mahukan pengalaman pemanduan lebih premium menerusi integrasi sistem pintar, prestasi bertenaga dan ruang kabin yang memberi fokus terhadap keselesaan penumpang.
Enjin 2.0 Turbo AWD, Ada 7 Mod Pemanduan
Nadi utama TIGGO 9 adalah enjin 2.0 liter turbo pacuan semua roda (AWD) yang dipadankan bersama tujuh mod pemanduan adaptif bagi menyesuaikan karakter kenderaan mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan.
Dari segi penampilan, SUV itu hadir dengan rekaan moden bersama rim aloi 20 inci dan skrin infotainmen 15.6 inci 2.5K Ultra High Definition (UHD).
Sistem infotainmen tersebut turut dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 bagi memastikan operasi lebih lancar dan responsif.
Kabin Premium Siap Kerusi Urut
Ruang kabin pula direka dengan penekanan terhadap keselesaan maksimum menerusi paparan Head-Up Display (HUD), tempat duduk pemandu larasan penuh serta kerusi premium dengan fungsi urut dan ventilasi untuk barisan hadapan serta barisan kedua.
Pengalaman audio turut dipertingkatkan menerusi sistem bunyi premium SONY 14 pembesar suara lengkap dengan speaker pada perehat kepala untuk kualiti audio lebih imersif.
Lengkap 23 Sistem ADAS, 10 Beg Udara
Aspek keselamatan turut menjadi keutamaan apabila TIGGO 9 dilengkapi 10 beg udara bersama 23 ciri Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) bagi meningkatkan keyakinan dan keselamatan sepanjang pemanduan.
Antara ciri utama Chery TIGGO 9:
- Enjin 2.0 liter turbo AWD
- Tujuh mod pemanduan adaptif
- Rim aloi 20 inci
- Skrin infotainmen 15.6 inci 2.5K UHD
- Cip Qualcomm Snapdragon 8155
- Head-Up Display (HUD)
- Kerusi urut dan ventilasi depan serta barisan kedua
- Sistem audio SONY 14 pembesar suara
- 10 beg udara
- 23 sistem bantuan pemandu ADAS
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar minat menerusi laman rasmi Chery Malaysia.








