Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB1000 Hornet SP 2025 dengan Kuasa 155hp!
Roda2

Honda CB1000 Hornet SP 2025 dengan Kuasa 155hp!

Abang HirataBy Abang Hirata16/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA mengembalikan semula Hornet pada 2022 dan 2023. Bukan satu, tetapi tiga, iaitu CB750 Hornet pada Oktober 2022, manakala CB1000 Hornet dan CB500 Hornet pada November 2023.

Ada lagi buah tangan Honda, iaitu CB1000 Hornet SP 2025 baharu yang mana motosikal ini menggunakan enjin CBR1000RR Fireblade dan lebih berkuasa, iaitu 158ps (155hp) dan tork 107Nm berbanding 152ps dan 105Nm pada CB1000 Hornet.

Kuasa lebih tinggi disumbang injap kawalan rev (RC) dalam peredam bunyi yang ditutup sepenuhnya pada semua gear dan dibuka pada rev 5,700rpm untuk membantu enjin ‘bernafas’ lebih kuat.

Honda menala enjin untuk daya kilas beraksi pada julat rev rendah hingga pertengahan dengan prestasi dan respons terotel berfungsi lancar di kawasan bandar. Di jalan terbuka lain pula, tingkah laku dengan aksi spontan hingga garis merah pada meter.

Pada bahagian transmisi, gear kedua hingga kelima dioptimum untuk pecutan bagi menyamai keupayaan enjin, manakala gear teratas untuk tunggangan bersahaja.

Klac bantuan (slipper clutch) membantu menguruskan loncatan roda belakang ketika menurunkan gear atau membrek ‘keras’. Ciri anjakan pantas Quickshifter boleh laras 3-tetapan membantu tukaran gear tanpa klac dengan fungsi blip automatik.

Sistem terotel elektronik Throttle-by-Wire (TBW) mempunyai tiga mod tunggangan dengan tiga gabungan pratetapan Power, Brek Enjin (EB), Kawalan Wheelie dan tetapan kawalan traksi HSTC dan dua mod USER.

Kuasa Enjin (P) dan Brek Enjin (EB) dibahagikan kepada tiga tahap, manakala HSTC empat tahap yang juga boleh dinyah aktif.

Honda CB1000 Hornet SP 2025 direka di Jepun dan tampil agresif. Dua perbezaan utama berbanding Honda CB1000 Hornet biasa boleh diihat pada sepit udang emas dan kaliper brek Brembo di depan.

Panel meter TFT warna penuh 5 inci lebih jelas dilihat dan boleh dihubungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Honda RoadSync.

Berbeza CB1000 Hornet dengan tiga warna, model ini ditawarkan khas dalam warna Mat Ballistic Black Metallic (hitam) dengan rim Desert Gold Metallic (emas).

Spesifikasi Honda CB1000 Hornet SP 2025 (Eropah)

Enjin dan Transmisi

  • Enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 1,000cc DOHC dengan output kuasa 158ps @ 11,000rpm, dan tork 107Nm @ 9,000rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac sliper dan Quickshifter
  • Gerek dan lejang 76mm x 55.1mm
  • Nisbah mampatan 11.7:1
  • Kapasiti tangki 17 liter
Dimensi dan Berat

  • Panjang 2,140mm, lebar 790mm, dan tinggi 1,085mm
  • Tinggi pelana 809mm
  • Jarak tinggi bumi 135mm
  • Berat 212kg
  • Jarak radius 2.8 meter
Suspensi
  • Depan Fork terbalik (USD) SFF-BP Showa 41mm boleh laras dengan travel 118mm
  • Belakang Monoshock Öhlins TTX36 boleh laras dengan travel 139mm, dan swingarm Prolink
Roda
  • Rim aluminium 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang)
Brek
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Depan Brek cakera kembar 310mm dengan kaliper Brembo Stylema 4-piston
  • Belakang Brek cakera tunggal 240mm dengan kaliper Nissin piston tunggal
Sistem dan Komponen Elektrik

  • Mod tunggang Standard, Rain, Sport, User (2)
  • Kawalan tork HSTC, Kawalan Wheelie, Sistem Henti Kecemasan (ESS)
  • Sistem Sekuriti Pintas Honda (Honda Intelligent Security System, HISS)
  • Konektiviti aplikasi Honda RoadSync
  • Port USB
Honda Honda CB1000 Hornet Honda CB1000 Hornet SP Honda Hornet
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    17/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.