Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Yamaha YZF-R15M Dijangka Lebih RM15k?
Auto Terkini

Harga Yamaha YZF-R15M Dijangka Lebih RM15k?

AryonBy Aryon07/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA pengedar Yamaha di Vietnam kini mula membuka tempahan untuk model generasi baharu YZF-R15, termasuk versi susulan YZF-R15M.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, maklumat diperoleh kakitangan Yamaha Motor Vietnam (YMV) mendakwa YZF-R15 generasi baharu kelak akan dijual pada harga kira-kira 75 juta dong (RM13,360), manakala YZF-R15M mencecah lebih 80 juta dong (RM15,270).

BACA >>> Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
BACA >>> Dokumen Bocor Dedah Vietnam Tunggu Masa Lancar Yamaha YZF-R15M (2022)

Buat masa ini, R15 di Vietnam dijual pada harga 70 juta dong (RM13,360). Sudah tentu harga model generasi baharu lebih mahal kerana akan dilengkapi dengan banyak teknologi baharu dan terkini.

YMV dijangka membuka pratempahan rasmi bulan depan. Justeru YMV bulan ini mungkin mengadakan kempen penghabisan stok untuk menjual produk YZF-R15 dan YZF-R15M sedia ada.

YZF-R15 generasi keempat kali pertama dilancarkan pada September 2021, yang juga model kedua Yamaha yang menawarkan versi M selepas superbike YZF-R1M.

Pada Jun tahun ini, bocor maklumat pendaftaran YZF-R15 dan YZF-R15M di Vietnam dengan data enjin 155.1cc dan output kuasa 19.3hp @ 10,000rpm.

Berbanding generasi semasa, YZF-R15 generasi baharu akan mendapat tambahan teknologi bantuan penunggang seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kawalan traksi, dan ciri quickshift, sekali gus menjadikan model itu sebagai sportbike 150cc petama dengan teknologi anjakan gear pantas.

Di pasaran Vietnam, YZF-R15 generasi baharu bakal bersaing dengan model pesaing seperti Honda CBR150R dan Suzuki GSX-R150.

BACA >>> Yamaha R1 GYTR (2023) dengan Spesifikasi Hampir Mirip Jentera WorldSBK
BACA >>> BSH Lancar Honda CBR150R Edisi Repsol (2022), Harga RM13.4k!

Auto Terkini roda2 Sportbike Aras Mula Yamaha Motor Vietnam Yamaha Motor Vietnam (YMV) Yamaha YZF-R15 Yamaha YZF-R15M YMV
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.