Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini
Auto Terkini

Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini

SyafieBy Syafie28/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KERAJAAN mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026 susulan penyusutan purata harga pasaran minyak global minggu lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga minyak mentah Brent bagaimanapun masih kekal tinggi melepasi AS$100 setong berikutan konflik berterusan di Asia Barat yang sudah memasuki minggu ke-12.

Malah, risiko gangguan bekalan global terus menjadi perhatian pasaran memandangkan Selat Hormuz menjadi laluan kira-kira 20 peratus bekalan petroleum dunia selain kerosakan fasiliti pengeluaran dan penapisan minyak di rantau konflik yang memerlukan tempoh lama untuk dipulihkan.

Harga Runcit Baharu Bermula 28 Mei

Bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026, harga bahan api ditetapkan seperti berikut:

  • RON97: RM4.65 seliter (turun 20 sen)
  • RON95: RM3.92 seliter (turun 15 sen)
  • Diesel Semenanjung Malaysia: RM4.87 seliter (turun 10 sen)

Kerajaan turut menggesa rakyat mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah melalui perancangan perjalanan lebih cekap dan mengurangkan perjalanan tidak perlu bagi membantu menjamin bekalan negara.

Harga Subsidi Kekal

Dalam masa sama, Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api bersubsidi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memastikan operasi sektor tertentu tidak terjejas.

Harga subsidi yang dikekalkan ialah:

  • RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan: RM2.15 seliter
  • Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS): RM2.05 seliter
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS): RM2.15 seliter

Menurut MOF, lebih 14 juta penerima layak masih menikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI MADANI.

Kerajaan Tanggung RM386 Sebulan bagi Pengguna BUDI95

MOF memaklumkan, pada harga semasa RON95 tanpa subsidi iaitu RM3.92 seliter, penggunaan penuh 200 liter sebulan akan menelan kos RM784.

Bagaimanapun, penerima BUDI95 hanya perlu membayar RM398 sebulan, bermakna Kerajaan MADANI menanggung subsidi sebanyak RM386 bagi setiap pengguna yang menggunakan kelayakan penuh bulanan.

Kerajaan menegaskan pendekatan berhemah akan terus diambil bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan selain menjamin bekalan bahan api negara mencukupi.

SUMBER: FBKementerianKewangan

Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum Kementerian Kewangan (MOF)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.