Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)
Roda2

Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

AryonBy Aryon29/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ORANG kaya membayar jutaan ringgit untuk membeli kereta klasik berstatus ‘rare’ dalam sesi lelongan sudah jadi perkara biasa. Tetapi orang kaya yang sanggup membelanjakan jumlah wang sama untuk sebuah motosikal memang betul-betul ‘rare’.

Seorang hartawan baru saja membayar sejumlah AS$929,000 (RM3.59 juta) untuk membeli motosikal Vincent Black Lightning 1951 yang dijual rumah lelongan Bonham di Las Vegas, minggu lalu. Cuma ada 30 unit dihasilkan dan daripada jumlah kecil itu pula, hanya 19 unit yang diketahui masih terselamat. Mungkin inilah alasan kukuh kenapa motosikal klasik itu dilelong begitu mahal hingga mengalahkan status Yamaha RX-Z orimoto di Malaysia.

ILHAM SUPERBIKE

Rollie Free – Bapa aksi ‘Superman’.

Ilham pembinaan Black Lightning adalah berasaskan jentera legenda Black Shadow, iaitu superbike pertama dunia yang mencipta nama selepas meninggalkan Jaguar XJ120, yakni kereta sport yang pada masa itu mampu memecut sepantas 196kmj, sekali gus dinobatkan sebagai kenderaan beroda paling pantas di planet Bumi.

Black Lightning dibekalkan enjin yang sangat berkuasa (55-70hp) dengan berat 163kg. Salah satu model ini pernah ditunggang pelumba legenda Amerika Syarikat (AS), Rollie Free (gambar atas) untuk mencatatkan rekod kelajuan terpantas atas darat di Bonneville pada 1948. Lebih mengharukan, rekod bersama jentera Black Lightning itu dicapai dengan hanya memakai seluar dalam posisi menunggang secara meniarap. Alasannya, mengurangkan berat dan mendapat kesan aerodinamik tahap the Flash.

Di Malaysia, gaya tunggangan itu dikenali sebagai ‘Superman’ dan sudah menjadi aksi biasa-biasa di kalangan mat rempit. Malangnya, aksi ‘Superman’ mat rempit itu tidak mencipta apa-apa rekod pun melainkan membahayakan nyawa sendiri dan menyusahkan negara. Fikir-fikirkan.

DARI AUSTRALIA

Model ini pula adalah milik asal pelumba Isle of Mann dari Australia, Tony McAlpine sebelum dijual kepada Jack Forrest yang kemudian terlibat dalam 2 kemalangan daripada 3 perlumbaan (kini salah satu selekoh di Litar Mount Panorama dinamakan: Forrest Elbow).

Selepas Forrest, Black Lightning itu dimiliki pula Jack Ehret (gambar atas) pada 1952 hingga 1999 dan beliau juga sempat mencipta beberapa rekod dan kejuaraan lagi di negara kanggaru itu. Kini motosikal berkenaan dijual dalam kondisi asal tanpa sebarang pengubahsuaian serta boleh dihidupkan di Melbourne. Rekod perlumbaan terakhir motosikal super mahal itu adalah pada 1993, dilakukan Jack dan anaknya, John Ehret di New South Wales.

BACA >>> Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

Jadi sepanjang hayat Black Lightning edisi ‘Bonhams’ itu, cuma ada empat pemilik pernah merasai kehebatan motosikal klasik berkenaan.  Menurut kenyataan rumah lelongan itu, harga hampir AS$1 juta adalah paling mahal pernah dibayar untuk lelongan sebuah motosikal.

GALERI
Bonhams Jack Ehret Jack Forrest lelong motosikal klasik roda2 Rollie Free rumah lelongan Bonhams Tony McAlpine Vincent Vincent Black Lightning Vincent Black Lightning 1951
Aryon

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.