• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

January 29, 2018 By Aryon 1 Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ORANG kaya membayar jutaan ringgit untuk membeli kereta klasik berstatus 'rare' dalam sesi lelongan sudah jadi perkara biasa. Tetapi orang kaya yang sanggup membelanjakan jumlah wang sama untuk sebuah motosikal memang betul-betul 'rare'.

Seorang hartawan baru saja membayar sejumlah AS$929,000 (RM3.59 juta) untuk membeli motosikal Vincent Black Lightning 1951 yang dijual rumah lelongan Bonham di Las Vegas, minggu lalu. Cuma ada 30 unit dihasilkan dan daripada jumlah kecil itu pula, hanya 19 unit yang diketahui masih terselamat. Mungkin inilah alasan kukuh kenapa motosikal klasik itu dilelong begitu mahal hingga mengalahkan status Yamaha RX-Z orimoto di Malaysia.

ILHAM SUPERBIKE

Rollie Free - Bapa aksi 'Superman'.

Ilham pembinaan Black Lightning adalah berasaskan jentera legenda Black Shadow, iaitu superbike pertama dunia yang mencipta nama selepas meninggalkan Jaguar XJ120, yakni kereta sport yang pada masa itu mampu memecut sepantas 196kmj, sekali gus dinobatkan sebagai kenderaan beroda paling pantas di planet Bumi.

Black Lightning dibekalkan enjin yang sangat berkuasa (55-70hp) dengan berat 163kg. Salah satu model ini pernah ditunggang pelumba legenda Amerika Syarikat (AS), Rollie Free (gambar atas) untuk mencatatkan rekod kelajuan terpantas atas darat di Bonneville pada 1948. Lebih mengharukan, rekod bersama jentera Black Lightning itu dicapai dengan hanya memakai seluar dalam posisi menunggang secara meniarap. Alasannya, mengurangkan berat dan mendapat kesan aerodinamik tahap the Flash.

Di Malaysia, gaya tunggangan itu dikenali sebagai 'Superman' dan sudah menjadi aksi biasa-biasa di kalangan mat rempit. Malangnya, aksi 'Superman' mat rempit itu tidak mencipta apa-apa rekod pun melainkan membahayakan nyawa sendiri dan menyusahkan negara. Fikir-fikirkan.

DARI AUSTRALIA

vincent-black-lightning-1951-9
vincent-black-lightning-1951-8
vincent-black-lightning-1951-6

Model ini pula adalah milik asal pelumba Isle of Mann dari Australia, Tony McAlpine sebelum dijual kepada Jack Forrest yang kemudian terlibat dalam 2 kemalangan daripada 3 perlumbaan (kini salah satu selekoh di Litar Mount Panorama dinamakan: Forrest Elbow).

Selepas Forrest, Black Lightning itu dimiliki pula Jack Ehret (gambar atas) pada 1952 hingga 1999 dan beliau juga sempat mencipta beberapa rekod dan kejuaraan lagi di negara kanggaru itu. Kini motosikal berkenaan dijual dalam kondisi asal tanpa sebarang pengubahsuaian serta boleh dihidupkan di Melbourne. Rekod perlumbaan terakhir motosikal super mahal itu adalah pada 1993, dilakukan Jack dan anaknya, John Ehret di New South Wales.

BACA >>> Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

Jadi sepanjang hayat Black Lightning edisi 'Bonhams' itu, cuma ada empat pemilik pernah merasai kehebatan motosikal klasik berkenaan.  Menurut kenyataan rumah lelongan itu, harga hampir AS$1 juta adalah paling mahal pernah dibayar untuk lelongan sebuah motosikal.

GALERI

Artikel Berkaitan

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bonhams, Jack Ehret, Jack Forrest, lelong, motosikal klasik, roda2, Rollie Free, rumah lelongan Bonhams, Tony McAlpine, Vincent, Vincent Black Lightning, Vincent Black Lightning 1951

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my