Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Geely SX11 Selepas ‘Rebadge’ Dijangka RM60-RM80k, Bakal Ubah Masa Depan Proton?
Auto Terkini

Harga Geely SX11 Selepas ‘Rebadge’ Dijangka RM60-RM80k, Bakal Ubah Masa Depan Proton?

Han OthmanBy Han Othman12/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI sudah tengok foto kenderaan utiliti sukan (SUV) Geely ini yang khabarnya dalam fasa pra pengeluaran. Dalam segmen automotif, model kod Geely SX11 ini akan duduk sekelas dengan SUV segmen-B seperti Honda HR-V, Toyota C-HR dan Mazda CX-3.

Dalam famili Geely pula, SX11 ini berada di bawah Boyue, disebut-sebut sebagai model SUV pertama Proton di bawah rakan strategik baru itu yang bakal dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini. Apa pendapat anda  tentang rekabentuk SX11 (bukan nama akhir)?

BACA >>> Majlis Pratonton ‘Proton Boyue’ di Shah Alam Kecoh, Ramai Tak Puas Hati!

Pendapat kami, SX11 tidak seseksi Mazda, atau futuristik seperti Toyota. Tetapi, jika melihat profil badan, penampilan SUV Geely itu nampak tidak jauh berbeza dengan model Honda, HR-V. Seperti kita tahu, pembeli Malaysia memang sukakan rekabentuk kereta yang kelihatan tegap dan maskulin menerusi garis tajam dan lekuk seluruh badan.

Lihat saja model-model facelift Myvi dan trend modifikasi sekeliling. Jadi tidak hairanlah kenapa jualan model Honda boleh mencanak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini di pasaran Malaysia. Rekabentuk Honda boleh dikatakan memang ‘ngam’ dengan trend semasa pembeli kita yang sukakan elemen maskulin dan sporty.

LEBIH ELEGEN, GAYA EROPAH

Tetapi SX11 menawarkan satu lagi elemen tambahan, iaitu suntikan ‘elegan’ yang biasanya sinonim dengan rekabentuk kereta Eropah dan Korea. Itulah yang kami nampak ada pada SX11 dan tiada pada HR-V. Namun, isu yang perlu dihadapi Geely jika model ini di’Proton’kan, adalah persepsi yang masih membelenggu pembeli Malaysia. Pertama, tentang produk ‘made in China’, dan kedua, reputasi Proton itu sendiri. Apapun model Boyue akan menjadi pembolehubah persepsi tersebut dan masa akan menentukan.

Menarik tentang SX11 adalah harga yang pastinya dalam julat mampu milik pembeli tempatan. Seperti kita tahu, harga kereta nasional biasanya di bawah harga model bukan nasional dalam segmen sama. Misalnya, Proton Perdana (segmen-D) berharga lebih kurang segmen C bukan nasional (Civic, Altis). Harga Preve (segmen-C) pula sama seperti Honda City (segmen-B).

Jadi,  harga SX11 pastinya lebih murah berbanding HR-V (RM90-RM110k), iaitu sekitar RM60k-RM80k mengikut jenis varian dan spesifikasi.

Dari segi dimensi, SX11 lebih lebar, lebih panjang dan lebih tinggi berbanding HR-V dengan diberikan ciri moden seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kamera keliling 360° dan bumbung suria. Trenkuasa pula dibekalkan enjin 1.0L turbo berkuasa 136hp dan 1.5L turbo (177hp). Lebih menarik, SX11 berkongsi enjin sama dengan SX40, iaitu model paling kecil dalam barisan famili SUV Volvo.

Pasti ramai ternanti-nanti kelibat Proton SX11, tetapi kita terpaksa beri laluan dulu kepada Boyue.

Crossover Geely Geely SX11 Honda HR-V Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX3 Proton Segmen B SUV SUV segmen-B Toyota C-HR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026

1 Comment

  1. velayutham on 16/07/2018 13:57

    Very nice

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.