Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 2021: Hamilton Menang lagi di Portugal!
Auto Terkini

F1 2021: Hamilton Menang lagi di Portugal!

TalibBy Talib08/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN Formula Satu (F1) di GP Portugal pada 2 Mei lalu memaparkan saingan sengit dan serba mendebarkan dengan  begitu banyak aksi pintas memintas sesama pelumba.

Namun, apa yang menjadi perbualan ramai pihak adalah pertarungan antara juara bertahan, Lewis Hamilton (Mercedes-AMG Petronas) dan  Max Verstappen (Red Bull Racing Honda) yang akhirnya dimenangi pelumba British itu.

Walaupun tidak banyak aksi dramatik, tetapi masih menarik untuk disaksikan dengan keadaan cuaca dan trek yang baik. Cuma satu insiden kemalangan berlaku, melibatkan pelumba Alfa Romeo Racing-Ferrari, Kimi Raikkonen

Permulaan perlumbaan berlangsung lancar, berbeza apa berlaku tahun lalu, juga di Portugal. Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas mengekalkan kedudukan pertama, disusuli Hamilton, dan Verstappen, manakala Sergio Perez (Red Bull Racing-Honda) dipintas Carlos Sainz (Scuderia Ferrari) untuk berada di kedudukan kelima pada awal perlumbaan.

LANGGAR KAWAN SENDIRI

Masuk awal pusingan kedua, jentera Raikkonen tiba-tiba bersentuhan dengan jentera rakan sepasukannya, Antonio Giovinazzi.

Raikkonen dilihat merempuh belakang Giovinazzi hingga menyebabkan kerosakan teruk pada sayap depan jenteranya yang terperosok di bawah. Insiden itu membuatkan Raikkonen terpaksa berhenti tepi trek dan menarik diri daripada perlumbaan.

Serpihan sayap depan kereta yang berserakan membuatkan kereta keselamatan terpaksa turun trek. Itu saja aksi kemalangan dan penyingkiran yang berlaku sepanjang GP Portugal. Adakah Raikkonen sedang termenung sebelum terlanggar jentera rakan sendiri?

BACA >>> Ringkasan Awal F1 2021: Debaran Hamilton, Verstappen yang Saling Mencabar
BACA >>> Pusingan Kelayakan Pecutan Dijangka Bangkitkan Keterujaan F1

‘ATTABOY’

Apabila perlumbaan bermula semula, Bottas yang mendahului kumpulan perlumbaan melakukan permulaan perlumbaan dengan sangat baik dengan menjarakkan kedudukan. Berbeza Hamilton yang dipintas Verstappen kerana tidak mahu membazirkan peluang yang ada memintas Hamilton di Selekoh Pertama.

Jika dilihat teliti, jentera Hamilton seperti sedikit lambat untuk memecut hingga membuka peluang kepada Verstappen. Radio pasukan Red Bull berbunyi ‘Attaboy’ selepas aksi menakjubkan itu di lakukan, sekali gus memberikan keterujaan buat peminat yang menanti pertarungan sengit dua pelumba berkenaan.

Hamilton dapat memintas semula Verstappen pada lap ke-11.

Malangnya kedudukan itu tidak bertahan lama kerana di lokasi sama ketika permulaan pusingan ke-11, Hamilton kembali memintas Verstappen dan mengambil semula posisi kedua. Verstappen cuba memintas semula, tetapi tiada apa mampu dilakukan dan kemudian terus ditinggalkan Hamilton.

Malah, Hamilton terus memecut dan mengekor rapat Bottas. Ini bermakna, hanya sembilan pusingan diperlukan pelumba British itu untuk memintas Bottas dan mendahului perlumbaan pada pusingan ke-20.

Walaupun mendakwa tayar tidak berada dalam keadaan baik, Hamilton masih mampu menjurangkan jarak dengan Bottas. Penonton juga boleh nampak bunga tayar depan sebelah kanan yang tidak sekata. Bagaimanapun, beliau masih tetap berlumba dan menggunakan strategi satu hentian pit.

MASA UNTUK HENTIAN PIT

Sainz ialah pelumba pertama dalam kelompok jentera depan yang melakukan hentian pit pada pusingan ke-21 untuk mendapatkan set tayar baharu. Dia bermula di petak kelima dengan menggunakan campuran set tayar lebih lembut berbanding pelumba lain di petak depan. Hentian pit itu meletakkan dia di kedudukan ke-16.

Pada pusingan ke-36, Verstappen melakukan pertaruhan dengan melakukan hentian pit pertama.  Pertaruhannya berjaya apabila berjaya mengejar jarak masa dengan Bottas yang melakukan hentian pit pada pusingan ke-37. Bottas berada di depan Verstappen ketika keluar dari pit.

Namun, kondisi tayar yang masih sejuk menyebabkan jentera kurang cengkaman hingga dipintas mudah Verstappen. Dia kemudian terus meninggalkan Bottas dan kekal di kedudukan kedua.

BENDERA BIRU?

Pelumba yang ditinggalkan jauh di belakang menyebabkan mereka terpaksa memberikan laluan kepada kelompok pelumba depan menerusi isyarat bendera biru (blue flag).

Sekiranya pelumba belakang tidak memberikan laluan untuk dipintas, ia dianggap tidak mematuhi peraturan bendera biru (blue flag). Kesannya, mereka akan mendapat penalti jika gagal patuh isyarat bendera biru sebanyak tiga kali berturut-turut.

Lain pula cerita Nikita Mazepin (Haas Ferrari) kerana dia mendapat bukan hanya tiga, tetapi tidak patuh enam kali bendera biru berturut-turu dalam satu pusingan sekali gus diberikan penalti 5 saat tambahan masa ketika hampir menyebabkan Perez kemalangan apabila cuba memintas.

Kedudukan Mazepin di tempat terakhir mungkin menyebabkan dia tidak bersemangat dan sekadar mahu menghabiskan perlumbaan sahaja.

KEMENANGAN BUAT HAMILTON

Hamilton yang mendahului selesa pelumba lain dengan 34 pusingan menamatkan perlumbaan dengan jurang rekod masa 30 saat daripada Verstappen. Ini juga kemenangannya yang ke-97 dalam kariernya sebagai pelumba F1 dan semakin hampir mencapai rekod grid mula (pole position) kali ke-100.

Namun, koleksi kemenangan dan rekod grid mula masih boleh ditambah dalam masa terdekat ini, iaitu pada pusingan ke-4 di Sepanyol, minggu ini.

Apa menarik pada aksi final awal bulan Mei ini adalah persaingan mendapatkan mata bonus pusingan terpantas antara Bottas dan Verstappen. Jarak masa besar antara jentera di kedudukan keempat hingga kedua memberikan mereka peluang untuk masuk semula ke hentian pit untuk mendapatkan set tayar lembut bagi mencatatkan masa terpantas.

Bottas berjaya melakukan catatan masa terpantas di pusingan ke-65, manakala Verstappen seakan berjaya mencatatkan masa terpantas di pusingan ke-66, tetapi gagal kerana melepasi had litar di Selekoh 14.

Ini jelas merugikan Verstappen yang kini ketinggalan 8 mata di ranking kedua keseluruhan. Perez mendapat kedudukan ke- 4, yang juga keputusan buat Red Bull buat masa ini. Lando Norris (McLaren Mercedes) pula konsisten di belakang Mercedes dan Red Bull dengan meraih kedudukan kelima.

BACA >>> YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron

Auto Terkini F1 F1 2021 Formula 1 Formula Satu (F1) GP Portugal Lewis Hamilton Roda4 sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.