Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»GSX-R Edisi Terhad Sempena Rai Pelumba dan Jentera Lumba Legenda Kevin Schwantz
Roda2

GSX-R Edisi Terhad Sempena Rai Pelumba dan Jentera Lumba Legenda Kevin Schwantz

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN ini genap 25 tahun berlalu sejak pelumba legenda, Kevin Schwantz memenangi Kejuaraan Dunia 500cc untuk Suzuki, yang juga ulang tahun ke-30 kehadiran sebuah jentera yang boleh diiktiraf sebagai menarik sepanjang zaman –  Pepsi Suzuki RGV500 (1988).

Sempena meraikan dua detik bersejarah itu, Blade Suzuki dengan kerjasama Motorcycle News (MCN) berbangga menawarkan model edisi terhad, Suzuki GSX-R1000A.

Motosikal edisi terhad eksklusif, yang cuma 25 unit dihasilkan itu, tampil dengan rupa Pepsi Suzuki RGV500 (1988) seperti pernah ditunggang Schwantz. Setiap jentera diberikan nombor siri khas dan tandatangan Schwantz bersama nombor ikonik – 34 – yang cukup sinonim dengan legenda itu. Malah, nombor 34 kini tidak boleh lagi digunakan mana-mana pelumba 500/MotoGP kerana sudah dikhaskan untuk pelumba Amerika Syarikat (AS) sebaik saja beliau bersara pada 1995.

Semua motosikal edisi terhad itu ialah eksklusif untuk Blade Suzuki dan MCN, dan boleh dimiliki pada harga cuma £13,999 (RM76,755) dengan bayaran bulanan bermula £139 (RM761). Memiliki cebisan sejarah tidak pernah begitu murah.

EKZOS PERCUMA UNTUK TEMPAHAN SEBELUM 30 APRIL

Mahukan lebih kejutan untuk wang anda? Bagaimana pula dengan bunyi yang unik? Pesan motosikal edisi terhad Schwantz GSX-R1000 Pepsi GP Edition sebelum 30 April ini dan MCN akan melengkapkan jentera anda dengan ekzos Yoshimura bernilai £659 (RM3,612) secara percuma!

Siapa berminat dan merasakan hobinya cukup mahal, bolehlah hubungi Blade Suzuki Swindon di talian 01793500259. Harga semestinya tidak termasuk kos cukai dan penghantaran ke Malaysia.

SUMBER: MCN

500cc Blade Blade Suzuki Swindon Kejuaraan Dunia 500cc Kevin Schwantz MCN Pepsi Suzuki RGV500 (1988) roda2 Schwantz GSX-R1000 Pepsi GP Edition Suzuki Suzuki GSX Suzuki GSX-R Suzuki GSX-R1000 Suzuki GSX-R1000A
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancar Di Malaysia – Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.