Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GP Itali 2022 Makin Suram Tanpa Rossi?
Auto Terkini

GP Itali 2022 Makin Suram Tanpa Rossi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIADAAN Valentino Rossi dalam Kejuaraan Dunia MotoGP sudah mula dirasai pada GP Itali 2022 lalu. Buktinya, jumlah penonton yang hadir di GP Mugello dilaporkan merosot drastik daripada kapasiti biasa 140,000 pengunjung kepada 74,078 orang.

Bos Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta nampaknya tidak suka dengan situasi tersebut kerana akan membuatkan perlumbaan di negara itu jadi kurang menarik. Di Itali, ada dua siri GP iaitu, Mugello pada akhir Mei dan Misano pada awal September.

BACA >>> #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!

Bagi Ezpeleta, Itali ialah negara istimewa dalam Kejuaraan Dunia MotoGP kerana disertai ramai pelumba warga Itali terkenal dan dua pasukan pengilang yang menyertai saingan kelas premier, iaitu Ducati dan Aprilia.

Bagaimanapun, kehadiran penonton juga sangat penting untuk Itali, dan jika jumlah pengunjung terus merosot, Dorna mungkin menimbangkan idea menyingkirkan salah satu siri GP berkenaan. Malah ruang itu lebih baik diberikan kepada mana-mana negara lain yang dilihat mampu menambah keuntungan dalam kantung penganjur.

Ezpeleta diptik portal Tuttomotoriweb.it berkata:

Setakat ini, kami akan meneruskan kedua-duanya kerana ada banyak pasukan Itali, tetapi jumlah penonton juga amat penting. Sudah tentu aku tidak akan memindahkan (aksi) di litar Sepanyol yang selalu penuh atau hampir penuh hanya kerana ada seseorang yang kurang menyerlah.”

Mengenai suasana sepi GP Mugello baru-baru ini, Dorna menyatakan ada dua sebab utama selain ketiadaan Rossi. Pertama, promoter MotoGP mengakui kurang menjalankan aktiviti promosi, manakala faktor kedua, penganjuran F1 Monte Carlo.

Ezpeleta mengakui situasi tersebut memberikan peringatan supaya perancangan lebih berdisiplin dilakukan pada masa depan. Ini kerana jika melihat trend semasa, audien MotoGP sepatutnya meningkat seperti dilihat beberapa negara lain.

Musim depan, bos Dorna menyatakan akan membuat pemilihan jadual aksi MotoGP yang lebih baik supaya tidak bertembung dengan hari acara perlumbaan lain. Misinya adalah untuk audien Itali datang dan menyaksikan barisan pelumba Ducati dan Aprilia di trek.

Ezpeleta berkata;

“Ia tak mustahil dengan Aprilia dan Ducati berada di depan dan Itali sedang menang, lebih ramai orang akan datang.”

BACA >>> Lorenzo: Susah Marquez Nak Pecahkan Rekod Rossi
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi
BACA >>> Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi

SUMBER: Kompas

Auto Terkini Carmelo Ezpeleta GP Mugello Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2022 sukan permotoran Valentino Rossi VR46
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.