• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!

#46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!

May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NOMBOR 46 akan dihentikan penggunaan dalam sebarang acara Kejuaraan Dunia MotoGP sebagai tanda penghargaan kepada pelumba legenda Valentino Rossi yang membawa impak besar dalam sejarah sukan perlumbaan tersebut.

Dorna membuat pengumuman itu dalam tempoh dua minggu, iaitu di GP Itali 2022. Ini bermaksud tiada mana-mana pelumba dapat menggunakan angka #46 selain The Doctor.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi

Majlis persaraan nombor 46 akan diadakan pada 28 Mei ini, sebelum sesi kelayakan GP Itali yang juga akan dihadiri Rossi. Terdahulu, Dorna memberikan anugerah kepada pelumba Itali itu selepas menamatkan perlumbaan terakhirnya di Ricardo Tormo MotoGP, Valencia musim lalu dengan menamakan beliau sebagai Legenda MotoGP ke-32.

Nombor ikonik 46 adalah salah satu nombor paling dikenali dalam sukan permotoran dunia.

BACA >>> Razlan Hilang Minat kepada Rossi Sejak Tak Autograf Buku
BACA >>> Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi

The Doctor bergelar juara dunia sembilan kali dengan mencatatkan 115 kemenangan dan 235 podium dalam semua kelas lumba motosikal dunia yang mengumpul jutaan peminat seluruh dunia. Rossi bersara pada akhir musim 2021, sekali gus  menempah nama dalam MotoGP Legend Hall of Fame di Valencia.

Rossi memiliki karier panjang dalam GP sepanjang 26 tahun yang melengkapi 432 perlumbaan sejak debut dalam kelas 125cc di Litar Shah Alam, Malaysia pada 1996. Perlumbaan terakhiradalah dalam kelas premier di Valencia.

Beliau juga mencatatkan 96 kali lap terpantas dengan mengumpul mata keseluruhan 6,357 poin. Selepas bersara, Rossi beralih ke perlumbaan empat roda dengan penyertaan dalam GT World Challenge Europe.

BACA >>> Razlan Dedah Petronas SRT Tidak Patut Ambil Rossi, Tapi Akui Tidak Ditekan Yamaha
BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas
BACA >>> Rossi Tak Tentu Arah Tunggu Pusingan Akhir MotoGP 2021, Belum Sedia Nak Bersara
BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Rahsia Sebenar Kejayaannya...

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 46, Auto Terkini, MotoGP, Nombor 46 Rossi, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev