Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia
Auto Terkini

GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

Abang GYLBy Abang GYL15/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GO AUTOMOBILE Manufacturing Sdn Bhd (GAM)
bersama SIRIM Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama strategik jangka panjang.

Perjanjian itu membolehkan GAM mendapat akses kemudahan penyelidikan SIRIM, terdiri daripada perkongsian kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi pembangunan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

Antara bidang kerjasama termasuklah pembangunan dan penambahbaikan keupayaan dan kapasiti bateri cas semula berasaskan litium-ion bagi menggantikan bateri asid plumbum yang kini banyak di pasaran automotif.

BACA >>> Benarkah Motosikal Elektrik Akan Jejaskan Pasaran Pengeluar Ekzos?

Selain itu, perjanjian itu juga memberi fokus kepada pembangunan teknologi kenderaan hijau, termasuk bateri untuk basikal dan motosikal, termasuk pembangunan bateri sodium-ion sebagai alternatif bateri litium-ion.

Kerjasama itu juga membabitkan Prototaip Pantas (Rapid Prototyping) dan percetakan 3D untuk pelajar TVET MARA, dan kemudahan ujian pengesahan Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval – VTA) untuk e-mobiliti seperti dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MAHU TEPATI STANDARD DAN KUALITI INDUSTRI

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya teruja dapat menjalinkan kerjasama dengan SIRIM yang sememangnya satu badan yang berpengalaman dan memiliki kepakaran lebih 40 tahun dalam penyelidikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Tambah Azli, kerjasama itu juga untuk memastikan produk GAM menepati standard dan kualiti industri sebelum berada di pasaran kelak.

“Ini secara tidak langsung membolehkan kami mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) bateri, dan sejajar Dasar Automotif Negara (NAP),” kata Azli lagi.

MoU ditandatangani Azli bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani di Wisma SIRIM di Shah Alam, Selangor.

GALERI
bas elektrik bas elektrik di malaysia bas elektrik higer bateri kenderaan elektrik bateri kereta Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal GAM Go Auto Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani SIRIM BERHAD SIRIM MALAYSIA VTA WISMA Sirim
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.