• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

August 15, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


GO AUTOMOBILE Manufacturing Sdn Bhd (GAM)
bersama SIRIM Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama strategik jangka panjang.

Perjanjian itu membolehkan GAM mendapat akses kemudahan penyelidikan SIRIM, terdiri daripada perkongsian kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi pembangunan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

Antara bidang kerjasama termasuklah pembangunan dan penambahbaikan keupayaan dan kapasiti bateri cas semula berasaskan litium-ion bagi menggantikan bateri asid plumbum yang kini banyak di pasaran automotif.

BACA >>> Benarkah Motosikal Elektrik Akan Jejaskan Pasaran Pengeluar Ekzos?

Selain itu, perjanjian itu juga memberi fokus kepada pembangunan teknologi kenderaan hijau, termasuk bateri untuk basikal dan motosikal, termasuk pembangunan bateri sodium-ion sebagai alternatif bateri litium-ion.

Kerjasama itu juga membabitkan Prototaip Pantas (Rapid Prototyping) dan percetakan 3D untuk pelajar TVET MARA, dan kemudahan ujian pengesahan Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval - VTA) untuk e-mobiliti seperti dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MAHU TEPATI STANDARD DAN KUALITI INDUSTRI

Go Auto Meterai Perjanjian MOU SIRIM_PanduLaju_DSC07945
Go Auto Meterai Perjanjian MOU SIRIM_PanduLaju_DSC07975

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya teruja dapat menjalinkan kerjasama dengan SIRIM yang sememangnya satu badan yang berpengalaman dan memiliki kepakaran lebih 40 tahun dalam penyelidikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Tambah Azli, kerjasama itu juga untuk memastikan produk GAM menepati standard dan kualiti industri sebelum berada di pasaran kelak.

“Ini secara tidak langsung membolehkan kami mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) bateri, dan sejajar Dasar Automotif Negara (NAP),” kata Azli lagi.

MoU ditandatangani Azli bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani di Wisma SIRIM di Shah Alam, Selangor.

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bas elektrik, bas elektrik di malaysia, bas elektrik higer, bateri kenderaan elektrik, bateri kereta, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, GAM, Go Auto, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, SIRIM BERHAD, SIRIM MALAYSIA, VTA, WISMA Sirim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my