Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIMS2017: Suzuki Swift (2017) Perkenal Enjin 3-Silinder dengan Turbo, Termasuk Varian Hibrid
Roda4

#GIMS2017: Suzuki Swift (2017) Perkenal Enjin 3-Silinder dengan Turbo, Termasuk Varian Hibrid

Han OthmanBy Han Othman09/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM sekian banyak model dilancarkan sepanjang Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, mungkin inilah antara model paling realistik untuk pasaran Malaysia – Suzuki Swift serba baharu. Supermini 5-pintu itu dijangka berada di pasaran Britain pada Jun ini, manakala untuk pasaran negara ini seawal-awalnya hujung tahun nanti. Tiada maklumat tentang harga diberikan, tetapi media Britain menganggarkan ia akan dijual sekitar £9,000 (RM48,786).

Dibina berasaskan platform ringan yang turut dikongsi bersama model Baleno dengan berat kira-kira 890kg sahaja. Rupa baharu kali ini menyerlahkan imej muda dan sporty dengan desain hendal pintu belakang tersorok dan garis bumbung terapung.

TIGA VARIAN

Rekabentuk gril dan bampar banyak bermain dengan elemen bulat. Ruang kabin diserikan dengan paparan LCD 4.2-inci untuk maklumat pemanduan dan ditambah pula sistem infotainment dengan skrin sentuh 7-inci yang siap dengan ciri navigasi 3D berserta sokongan perisian Android Auto dan Apple Car Play.

Didatangkan dalam enjin petrol dalam tiga varian berbeza:

  • 1.0L 3-silinder turbo BoosterJet (110hp)
  • 1.2L 4-silinder (89hp)
  • 1.0L dengan sistem hibrid ringan

MODEL 4WD SEBAGAI PILIHAN

Model pacuan empat-roda (4WD) turut ditawarkan dengan enjin 1.2L petrol, manakala model premium akan mendapat fitur keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), pembrekan kecemasan automatik dan sistem pendesak-brek untuk kecemasan. Varian bermula dengan SZ3 dengan enjin 1.2L petrol berserta penyaman udara, roda stereng kulit, radio DAB, cermin gelap, lampu siang (DRL) LED dan rim 15-inci.

Model SZ-T menggunakan enjin 1.0L dan ada tambahan kamera pandang belakang, skrin 7-inci, rim 16-inci dan lampu kabus depan. SZ5 pula ialah model Swift paling premium dan lengkap dengan ciri penyaman udara automatik, sistem navigasi dan penghidup enjin tanpa kunci (keyless).

Pengarah Pemasaran dan Jualan Britain, Dale Wyatt berkata, pelancaran Baleno dilihat sebagai penamat kepada barisan model Swift terdahulu, ataupun menjadi titik tolak kepada evolusi baharu Swift yang lebih emosional dan ekspresif.

SWIFT SPORT

Suzuki Swift Sport juga bakal menyusul dengan kuasa 138hp yang dijana daripada enjin 4-silinder 1.4L petrol BoosterJet berserta pengecajturbo, sama seperti digunakan Vitara S. Kuasa dihasilkan itu adalah sama dengan versi Sport sedia ada, tetapi tork dipertingkat dan berat kerb dikurangkan, sekali gus berpotensi melonjakkan prestasi kereta.

Suzuki Swift dijangka dijual di pasaran Eropah bermula Jun ini.

GALERI

 

SUMBER: Auto Express

GIMS2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 Roda4 Suzuki Suzuki Swift (2017) Suzuki Swift Sport 2017
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026

1 Comment

  1. Izzu on 19/10/2017 15:44

    Adakah model ini jadi masuk ke pasaran Malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.