Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIMS2017: Peugeot 3008 – Kereta Terbaik 2017, SUV Pertama Menang Anugerah COTY
Roda4

#GIMS2017: Peugeot 3008 – Kereta Terbaik 2017, SUV Pertama Menang Anugerah COTY

Abang HirataBy Abang Hirata10/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANUGERAH Kereta Terbaik Tahunan atau Car of the Year (COTY) boleh dianggap sebagai acara berprestij paling dinantikan ramai peminat, pemerhati dan pemain industri automotif kerana mampu menambah keyakinan pengguna terhadap model yang dipilih sebagai juara.

Anugerah COTY tidak mengambil kira harga atau segmen kenderaan tertentu sebagai kriteria utama. Tahun lalu misalnya, COTY 2016 dimenangi Opel/Vauhall Astra dengan mengetepikan pesaing lain yang lebih mahal dan berlainan segmen.

SUV PERTAMA MENANG COTY

COTY 2017 sudahpun dipilih dan diumumkan pada 6 Mac lalu sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 yang menobatkan Peugeot 3008 baharu sebagai juara dengan mencatat sejarah sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama memenangi anugerah berprestij tersebut.

Keputusan itu diadili 58 jurnalis permotoran Eropah yang memberikan pemarkahan berdasarkan gaya, rekabentuk dalaman dan prestasi. Kemenangan itu juga menjadikan tambahan kepada 20 anugerah yang sedia dibolot Peugeot 3008. Ini ialah kemenangan kelima Peugeot dalam sejarah anugerah COTY.

Peugeot 3008 tampil bergaya dengan ciri canggih seperti PEUGEOT i-Cockpit®, stereng kompak, paparan dongak (HUD) 12.3 inci dan paparan multimedia dengan skrin sesentuh, termasuk pelbagai teknologi bantuan pemanduan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings,  Dato’ Samson Anand George berkata, Peugeot 3008 dijangka berada di pasaran Malaysia, tahun ini.

Dengan persaingan sengit daripada 30 model lain dari Amerika, Eropah dan Jepun, Peugeot membuktikan reputasi sebagai jenama unggul dari Eropah.

“Kami teruja untuk memperkenalkan 3008 di pasaran Malaysia pada tahun ini. Melalui pengiktirafan COTY, kami yakin pelanggan tertarik kepada SUV ini.”

– Dato’ Samson Anand George, COO Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings

KALAHKAN ALFA ROMEO, MERCEDES- BENZ

Peugeot 3008 memenangi COTY 2017 dengan 319 poin mengalahkan tiga lagi finalis hebat lain seperti Alfa Romeo (296 poin) dan Mercedes E-Class (197 poin)

Satu lagi fakta, ini adalah kali kedua Peugeot memenangi COTY dalam tempoh tiga tahun selepas kali terakhir menjadi juara pada 2014 menerusi model hatchback, Peugeot 308. Keseluruhannya, Peugeot sudah memenangi COTY sebanyak lima kali, iaitu pada 2002 (Peugeot 307), 1988 (Peugeot 405) dan 1969 (Peugeot 504).

GALERI

FOTO KREDIT: Auto Express

Car of the Year 2017 COTY 2017 GIMS 2017 Kereta Terbaik Tahunan 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 Peugeot Peugeot 3008
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.