Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka
Roda4

#GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Fiesta ST (2017) adalah antara model yang mencuri perhatian ramai sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 kali ini, sekali gus menjadikan hot-hatch yang dibina berasaskan versi Fiesta generasi ke-7 itu sebagai famili ST terbaharu.

Sudah tentu perkara paling mengujakan tentang Ford Fiesta ST ialah pengenalan enjin serba baharu yang lebih ringan, 3-silinder 1.5L turbo bagi menggantikan nadi lama, 4-silinder 1.6L turbo. Kecil-kecil cili api, enjin baharu kali ini mencatatkan kuasa kuda yang lebih tinggi, 197hp, iaitu 17hp lebih tinggi berbanding Fiesta ST sedia ada, manakala tork dilonjakkan daripada 240Nm kepada 290Nm.

PANTAS DAN CEKAP

Malah, Ford mendakwa model terbaharu ini mampu memecut sepantas 6.7 saat dalam kelajuan 0-100kmj – setanding ST200 dengan kelajuan maksimum mencecah 225kmj! Pengecilan enjin itu membolehkan Ford mengurangkan kadar emisi CO2 daripada 138g kepada 114g. Teknologi nyah aktif silinder pula mampu meningkatkan kecekapan bahan api.

Mungkin ramai teruja dengan pengenalan enjin baharu kali ini, tetapi menurut Ford, mereka turut melakukan penambahbaikan ke atas aspek pengendalian dengan menala semula kalibrasi kereta supaya seiring dengan prestasi yang dijana model tersebut.

SENTUHAN FORD PERFORMANCE

Fiesta ST dibina berasaskan platform kereta-B global Ford dengan mendapat sentuhan talaan khas daripada divisi Ford Performance. Sama seperti generasi terdahulu, unit pemvektoran-tork mampu mengurangkan impak belokan kurang (understeer) apabila membrek di selekoh. Model hatchback subkompak ini disertakan dengan tiga mod pacuan pilihan – Normal, Sport dan Track, yang mampu mengubah kawalan traksi, respon terotel, stereng kuasa dan tetapan injap ekzos.

BACA >>> Ford Fiesta ST Tampil Enjin 3-Silinder Berkuasa 197hp, Mampu Pecut 6.7 Saat

Boleh didapati dalam gaya badan 3-pintu dan 5-pintu. Asas rekabentuk masih mirip kepada Fiesta standard , tetapi digarangkan dengan penampilan trim ST, bampar depan dan gril baharu. Turut menyerlahkan aksi jentera berkuasa ini ialah difuser belakang dan rim aloi 18-inci. Ada satu pilihan warna baharu ditambah dalam senarai warna terdahulu, iaitu Liquid Blue (biru).

Sekarang, mari kita saksikan foto-foto real Ford Fiesta ST (2017), diambil jurnalis dan fotografer AutoExpress yang menghadiri GIMS 2017.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Auto Terkini enjin 3-silinder Ford Ford Fiesta ST (2017) GIMS2017 hot-hatch Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

By Shazwan Hisam16/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.