Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah
Roda4

Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS sebulan ditayangkan, Geely XingYue rasmi dilancarkan di China pada harga 135,800-208,800 yuan (RM82,500-RM126,900). Mirip model BMW X4, Xingyue menggunakan logo Geely hitam, tidak seperti model Geely terdahulu dengan lencana biru.

Menggunakan platform CMA Volvo, sama seperti XC40, kenderaan utiliti sukan (SUV) lima kerusi itu didatangkan dengan tiga pilihan enjin turbo:

  • 1.5TD Plug-In Hybrid (PHEV) – Petrol 3-silinder (256hp/415Nm); Transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan
  • 2.0TD – Petrol 4-silinder (236hp/350Nm); Transmisi automatik 8-kelajuan automatik
  • 1.5TD Mild Hybrid (MHEV) – Petrol 3-silinder (188hp/300Nm); Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan

BACA >>> Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?

Sistem pacuan empat roda (4WD) hanya ditawarkan pada varian 2.0TD yang menggunakan sistem 4WD hidraulik BorgWarner generasi ke-5 . Semua varian didatangkan dengan suspensi MacPherson (depan) dan Multilink (belakang). Tidak ketinggalan, XingYue turut dipadankan dengan sistem infotainment 12.3 inc dengan arahan suara GKUI.

BACA >>> SUV Kompak Berkuasa – BMW X4 (2018) Serba Baharu Bakal Debut di Geneva

Menariknya, sistem itu didatangkan dengan ciri pengecaman wajah. Anda kini tidak perlu lagi melaraskan cermin sisi dan tetapan kerusi menggunakan butang laras XingYue akan menggunakan sistem pengecaman wajah untuk melakukan semua fungsi tersebut untuk anda.

Ciri itu juga mampu memantau simptom letih dan gangguan ke atas pemandu. Selain itu, model baharu ini didatangkan dengan segudang ciri keselamatan pemanduan seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), kamera parkir 360º dan parkir automatik.

Buat masa ini XingYue hanya ditawarkan di pasaran China.  Adakah kebarangkalian model ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia di bawah lencana Proton selepas Geely BinYue (Proton X50) dan Geely JiaJi (Proton Exora)? Apapun semua itu masih belum pasti.

BACA >>> Kereta Terbang Ada Kaitan Subsidiari Aeronautik di Bawah Geely? Adakah Proton Terlibat?

GALERI

 

BMW X4 Foto Rasmi Geely SX11 FY11 Geely GEELY Auto Group Geely XingYue SUV SUV mewah Volvo Volvo XC40
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.