Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit
Sukan Permotoran

Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PUSINGAN ketiga Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia Vios Gold Championship 2026 menyaksikan persaingan kejuaraan semakin terbuka dengan beberapa pencabar baharu = mencuri tumpuan.

Ini memberi tekanan kepada pendahulu keseluruhan menjelang pusingan penentuan, Oktober nanti.

Berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC), perlumbaan kali ini berbeza apabila menggunakan konfigurasi litar penuh dengan perlumbaan sejam membabitkan 37 kereta daripada tiga kategori berlumba serentak.

Format lebih mencabar itu menyebabkan ramai pendahulu kejuaraan gagal mendominasi seperti dua pusingan awal musim lalu.

Laluan Penuh, Trafik Padat

TGR Vios Gold Championship 2026

Berbanding format separuh litar yang digunakan sebelum ini, penggunaan litar penuh dengan trafik lebih padat memaksa setiap pelumba mengurus strategi lebih teliti.

Situasi itu membuka peluang kepada beberapa nama baharu untuk mencabar kelompok depan dalam perebutan mata kejuaraan.

Dalam Super Sporting Class, juara bertahan Freddie Ang (Telagamas Toyota) memenangi Perlumbaan 1 selepas bermula dari grid utama, menewaskan Timothy Yeo (RH Kalulong Motorsport), kedua dan bekas juara Mitchell Cheah (Team Prima Pearl SP Selatan), ketiga.

Dalam Sporting Class pula, Elson Lew (Hong Huat X Armada KK Racing) mencatat kemenangan bergaya apabila menamatkan perlumbaan hampir 11 saat di depan Taj Izrin Aiman (Saksama Motorsports), manakala Aditya Patnaik (Axle Sports) melengkapkan kedudukan podium.

TGR Vios Gold Championship 2026

Ethen Kuasai Rookie Class, Bradley Menang Perlumbaan 2

Kategori Rookie Class terus menjadi pentas buat pelumba muda menyerlah apabila Ethen Low, 16, memenangi kedua-dua perlumbaan hujung minggu tersebut.

Dalam Perlumbaan 1, beliau menamatkan saingan hampir 19 saat di hadapan Ervin Lim, manakala Imran Iskandar berada di tempat ketiga.

Perlumbaan 2 pula menyaksikan aksi lebih dramatik apabila kereta keselamatan (Safety Car) terpaksa dikeluarkan tiga kali berikutan beberapa insiden kemalangan dalam Sporting Class.

Perlumbaan akhirnya ditamatkan di belakang Safety Car selepas beberapa kemalangan melibatkan Lim Chun Beng, Sophia Zara, Hendra Ade Putra, Loke Yin Yi dan Ng Aik Sha.

Dalam kategori Super Sporting, Bradley Benedict (PS Harapan Menang) memanfaatkan kelebihan petak utama untuk meraih kemenangan walaupun kelebihan yang dibina beberapa kali dipadamkan akibat kemunculan Safety Car.

Beliau akhirnya menewaskan Mitchell Cheah dengan kelebihan hanya 0.5 saat, manakala Kenneth Koh (PCM Group Racing Team) menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Patnaik Menang Tipis, Penentuan Gelaran Beralih Pusingan Akhir

TGR Vios Gold Championship 2026

Dalam Sporting Class, pelumba dari India, Aditya Patnaik mempamerkan pemanduan tenang untuk meraih kemenangan dengan kelebihan hanya 0.3 saat di depan Adam Mikail (G-Mart Motorsport), manakala Ariff Azmi (KMS 333 Motorsports) melengkapkan podium.

Kemenangan itu juga podium pertama Patnaik hujung minggu tersebut selepas turut menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga.

Sementara itu, Ethen sekali lagi membuktikan kehebatan apabila memenangi Perlumbaan 2 Rookie Class dengan kelebihan hanya 0.4 saat mengatasi Megat Damian, manakala Ervin Lim sekali lagi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Musim kesembilan Toyota Vios Gold Championship 2026 menawarkan keseluruhan hadiah tunai bernilai RM876,000, dengan Pusingan 4 dijadual berlangsung Oktober tahun ini yang bakal menjadi penentu kejuaraan keseluruhan.

Lebih menarik, mata berganda ditawarkan menjanjikan persaingan lebih sengit, sekali gus memastikan perebutan gelaran masih terbuka kepada beberapa pencabar utama.

TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
TGR Vios Gold Championship 2026
Roda4 Rookie Class Sporting Class sukan permotoran Super Sporting Class Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Gold Championship 2026 Toyota Vios
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.