Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Kompak Berkuasa – BMW X4 (2018) Serba Baharu Bakal Debut di Geneva
Auto Terkini

SUV Kompak Berkuasa – BMW X4 (2018) Serba Baharu Bakal Debut di Geneva

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS BMW M3 F80 bakal dihentikan pengeluaran dalam beberapa bulan lagi, X3 pula akan menyusul. Namun, pengeluaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak mewah itu sudah dihentikan lebih awal, iaitu bulan depan. Tetapi, itu bukanlah bermakna model tersebut ditamatkan pengeluaran sepenuhnya, sebaliknya digantikan dengan BMW X4 generasi baharu.

BACA >>> BMW Tamatkan Riwayat M3 F80 Mei Ini, Mahu Tumpu Bangunkan 3 Series dan M3 Baharu

Walaupun masih tiada pengesahan daripada BMW, menurut Bimmertoday, model dengan kod G02 itu akan dikeluarkan di fasiliti sama iaitu Spartanburg, Carolina Selatan. Imej model M40d xDrive serba baharu tanpa samaran pernah ditangkap Ogos tahun lalu.

Sama seperti X3 M, model X4 masih menggunakan enjin 6-silinder sebaris BMW S58 berkuasa 460hp dan tork 600Nm dengan transmisi 8-kelajuan. Selain kemasan M penuh, pelanggan juga boleh memilih versi M40i atau M40d yang masing-masing berkuasa 360hp dan 320hp.

DEBUT DI GENEVA 2018?

Buat masa ini masih tiada lagi berita mengenai kedatangan X4 generasi terbaharu. Kemungkinan BMW akan melancarkan debut model itu sempena Pameran Motor Geneva 2018, bulan depan. Apapun, masih belum dipastikan sama ada model X4 itu dalam bentuk model konsep atau versi pengeluaran.

Seperti mana model BMW baharu lain, X4 dibangunkan berasaskan platform arkitektur CLAR yang menyumbang kepada berat badan lebih ringan. Antara ciri baharu ditawarkan X4 ialah sistem infotainment iDrive dengan skrin sentuh 12.5-inci, sistem bantuan stereng dan tukar lorong, dan kawalan gerak tangan seperti 7 Series dan 5 Series.

X4 turut dilengkapkan opsyen sistem suspensi M Sport, Kawalan Peredam Dinamik dan brek M Sport, manakala bahagian enjin didatangkan dalam dua varian bahan api: diesel dan petrol.

VIDEO
GALERI
5 Series 7 Series Auto Terkini BMW BMW Group Malaysia BMW X3 BMW X4 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pameran Motor Geneva 2018 Roda4 SUV X3
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    Foton Aumark S Euro 5 AMT Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM128,800

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.