• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Tamatkan Riwayat M3 F80 Mei Ini, Mahu Tumpu Bangunkan 3 Series dan M3 Baharu

BMW Tamatkan Riwayat M3 F80 Mei Ini, Mahu Tumpu Bangunkan 3 Series dan M3 Baharu

February 6, 2018 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


BMW M3 F80 sudah terlalu tua dan hayat model itu khabarnya akan ditamatkan lebih awal. Keputusan itu tidaklah mengejutkan kerana BMW kini sedang berusaha membangunkan semula versi baharu untuk 3 Series dan M3. Ada laporan mengatakan riwayat M3 F80 akan dinisankan lebih awal daripada masa sebenar, iaitu dalam masa beberapa bulan saja lagi.

Diumumkan BMWBlog,  pengeluaran M3 F80 akan dihentikan seawal Mei ini. Antara sebab utama penamatan model itu dibuat adalah kerana pengenalan Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) yang akan menjadi  standard baru penetapan tahap pencemaran, pelepasan emisi, penggunaan bahan api dan jarak elektrik untuk kenderaan tugasan ringan (van komersial dan kenderaan penumpang).

BACA >>> 8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport - Teknologi eDrive, Harga RM343,800

Apabila peraturan baharu itu dikuatkuasakan, M3 F80 perlu dilengkapkan penapis zarah ekzos bermula Jun ini. Namun, BMW enggan mengambil risiko dan membuat pelaburan, sebaliknya memutuskan menamatkan pengeluaran M3 lebih awal selain menumpukan kepada pembangunan model 3 Series dan M3.

Penamata pengeluaran hanya melibatkan M3, manakala model-model M4 akan kekal. Jadi, pengeluaran M4 akan berterusan sepanjang beberapa bulan selepas Mei.

M3 BAHARU LANCAR 2020?

Sekiranya khabar angin itu betul, M3 baharu bakal dilancarkan sekitar 2020 dengan enjin lebih berkuasa sekurang-kurangnya 500hp daripada sistem hibrid ringan 48v. Itupun jika BMW menaik taraf enjin 3.0L sedia ada.

BMW 3 Series dibangunkan atas platform Arkitektur Kluster atau CLAR (Cluster Architecture) dengan menerima penambah baikan pada rigidit kilasan (torsional rigidity) menerusi penggunaan banyak material aluminium dan keluli kekuatan tinggi. Model baharu ini juga perlu mempunyai agihan berat 50:50, dengan pusat graviti (CoG) yang lebih rendah.

Apapun, janglah terlalu berharap 3 Series akan dilancarkan tahun ini atau tahun depan. Malah versi prestasi tinggi, M3 3 Series juga tidak akan menjengah pasaran hingga 2020.

GALERI
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU0
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU1
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU2
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU3
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU4
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU5
BMW_M3_2018_F80_PANDULAJU6

 

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 3 Series, Auto Terkini, BGM, BMW, BMW M3 F80, BMW Malaysia, CLAR, Cluster Architecture, M4, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my