Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport – Teknologi eDrive, Harga RM343,800
Roda4

8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport – Teknologi eDrive, Harga RM343,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW 530e SportBMW Group Malaysia (BGM) buat pertama kali memperkenalkan BMW 530e Sport dengan Teknologi eDrive yang menjadikan sedan mewah saiz pertengahan itu model kelima dalam barisan BMW iPerformance di Malaysia.

Teknologi eDrive yang ditawarkan BMW 530e Sport adalah inovasi yang diilhamkan daripada Mobiliti Masa Depan-BMW i, sekali gus meningkatkan portfolio kenderaan Plug-In BMW di Malaysia.

1. HARGA

  • BMW 530e Sport – RM343,800

* Harga atas jalan, tanpa insurans

2. REKABENTUK SIGNATUR BERKARISMA

Tampil dengan rekabentuk signatur BMW,  gril ‘buah pinggang’ atau kidney memberikan pengaliran udara lancar yang menambahkan ciri aerodinamik. BMW 530e Sport dipasangkan kit badan Sport Line bersama lampu utama LED dan lampu siang (DRL) LED, serta disempurnakan dengan bampar depan hitam berkilat.

BACA >>> Polis Australia Beli BMW 530d Sebagai Kereta Peronda – 261hp, 620Nm

Lencana ‘530e’ menjadi identiti khas varian hibrid plug-in, termasuk logo ‘i’ pada liang udara (air breather) fender dan logo ‘eDrive’ di pilar-C. Melengkapkan imej sporty BMW ialah hujung ekzos  (tailpipe) di kiri dan kanan untuk varian eDrive. Imej garang turut diserlahkan menerusi rim aloi jejari V 19-inci.

BMW 530e Sport3. ENJIN DINAMIK

Bahagian trenkuasa BMW 530e Sport menggunakan enjin 4-silinder generasi terkini BMW TwinPower Turbo 2.0L petrol berkuasa 184hp dan tork 320Nm. Kuasa enjin turut dipadukan sistem elektrik motor yang menyumbang kepada penghasilan kuasa penuh sebanyak 252hp dan tork 420Nm. Padanan berkenaan membolehkan sedan mewah ini  memecut 0-100kmj sepantas 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 235kmj.

4. PILIHAN eDRIVE

BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport

BMW 530e Sport serba baharu boleh dipandu sejauh 48km dalam mod elektrik sepenuhnya (kelajuan maksimum 140kmj). Pemanduan eDrive menawarkan opsyen tiga mod: AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.

  • AUTO eDrive – Kombinasi kuasa enjin pembakaran dan motor elektrik. Kereta boleh dipandu sejauh 80km menggunakan mod elektrik sepenuhnya.
  • MAX eDrive – Bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik yang mampu mencapai kelajuan maksimum 140kmj.
  • BATTERY CONTROL – membolehkan pemandu menggunakan bateri voltan tinggi secara manual dengan menetapkan nilai cas yang akan digunakan untuk pemanduan elektrik sepenuhnya.

BACA >>> Nilai Bidaan BMW Z8 (2000) Milik Mendiang Steve Jobs Cecah RM1.34 Juta!

5. MUDAH CAS

BMW 530e Sport boleh dicas menggunakan soket domestik di rumah. Menariknya, ciri BMW iWallbox mampu mengurangkan masa mengecas kepada kira-kira 3 jam sahaja. BMW iWallbox Plus juga memudahkan pemandu mengawal operasi mengecas menggunakan aplikasi telefon pintar yang turut menyimpan rekod sejarah mengecas.

Bagi cas pantas, kabel mengecas pantas BMW i AC turut boleh digunakan pada infrastruktur cas awam. Menurut BMW, kabel itu menawarkan masa mengecas tiga kali lebih cepat berbanding kabel standard. Kabel cas pantas juga didatangkan dengan pendaftaran kad ChargeNow secara online.

6. RUANG KABIN MEWAH

Sebaik pintu dibuka, anda dapat melihat perkataan ‘eDrive’ pada sil pintu dan kemudian disambut tata rias pencahayaan kabin serba premium. Trim stereng diberikan kemasan kulit BMW Sport, manakala sistem audio daripada jenis HiFi dengan 12 pembesar suara yang disedia khusus buat BMW 530e Sport.

BMW 530e Sport turut dilengkapi ciri BMW ConnectedDrive, merangkumi konsep digital melalui pelbagai sentuhan. Paparan instrumen multifungsi direka khas untuk kluster instrumen di depan pemandu dan skrin di tengah paparan pemuka.

7. CIRI KESELAMATAN

Tambahan kepada Amaran Tukar Lorong (LCW) dan Monitor Titik Buta (BSM) ialah sistem bantuan keselamatan lanjutan seperti ciri Peredam Dinamik dengan Mod Adaptif. Mod berkenaan ialah Sistem Kawalan Pengalaman Pemanduan (DEC) keempat berserta mod pacuan: Comfort, Sport dan Eco Pro.

BACA >>> BMW Keluarkan Model M3, M4 M Heat Edition – Khas Pasaran Jepun Sahaja

Bantuan Parkir membantu memudahkan pemandu meletakkan kenderaan menegak dan melintang dengan opsyen sistem autonomi peringkat kedua.

8. BMW CONNECTED

Aplikasi ini membolehkan pemandu memantau prestasi kenderaan menerusi telefon pintar. Kini, pemandu boleh mengawal keselesaan dalaman kabin seperti menetapkan fungsi penyaman udara, kapasiti cas bateri, lokasi stesen mengecas, dan rekod penjimatan minyak.

GALERI

harga BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW 530e Sport
BMW BMW 5 Series Hybrid BMW 530e Sport BMW Connected BMW Group Malaysia eDrive Roda4 Sedan sedan mewah Segmen E
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.