• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Kereta Terbang Ada Kaitan Subsidiari Aeronautik di Bawah Geely? Adakah Proton Terlibat?

February 26, 2019 By AO Leave a Comment


BEBERAPA hari lalu Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mendakwa prototaip kereta terbang sudah pun siap dan demonstrasi dijangka dibuat tahun ini. Ini bermakna ia akan ditayangkan kepada rakyat Malaysia tahun ini! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Menurutnya, prototaip kenderaan terbang pertama itu akan dibangunkan menggunakan teknologi Malaysia dan cuma menunggu masa didedahkan kepada umum. Malah, RM1 juta sudah dibelanjakan untuk menghasilkan prototaip berkenaan yang setakat ini mampu terbang dengan selamat pada ketinggian rendah dan halajau munasabah.

BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

Bagaimanapun menurut Mohd Redzuan, projek kereta terbang itu tiada kaitan dengan projek kereta nasional ketiga yang dirancang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia ada kemahiran untuk cemerlang dalam semua lapangan ini. Kita perlu betul-betul gunakannya kerana asasnya ialah kita mahu jadi negara pengeluar," katanya.


SPEKULASI?

terrafugia-logo
geely-auto-logo
PROTON NEW LOGO

Kami yakin, masing-masing pasti terkejut tentang berita mengenai hal kereta terbang ini yang muncul tiba-tiba. Siapa sangka kereta terbang yang suatu masa dulu cuma jadi lukisan kanak-kanak era 90-an untuk membayangkan suasana 2020, tetapi kini ia benar-benar mahu jadi kenyataan!

Jadi tidak salah pun kalau kami berspekulasi. 😜

Walaupun syarikat nasional yang bertanggungjawab dengan projek pembangunan kereta terbang ini masih misteri. Tetapi, apa yang kita sedia maklum, satu-satunya syarikat tempatan yang pakar dalam hal kejuruteraan automotif ialah Proton. Pada Jun 2017, Proton menjalin perkongsian strategik dengan gergasi automotif dari China, Geely.

Kebetulan pula, Geely pada Julai 2017 (sebulan selepas membeli saham Proton) dilaporkan mengambil alih syarikat pembuat pesawat udara dari Amerika Syarikat (AS), Terrafugia. Jadi, adakah ada kaitan antara Geely, Proton dan Terrafugia?

Seperti mana Geely menggunakan kepakaran Volvo untuk menghasilkan produk automotif jenamanya sendiri, termasuk mewujudkan jenama mewah baharu seperti Lynk & Co. Jadi tidak mustahil Proton dengan proksi Geely menggunakan teknologi Terrafugia untuk membangunkan kereta terbang.

BACA >>> Grand Theft Auto (GTA) Online Semakin Futuristik, Perkenal Kereta Terbang Serupa DeLorean

Ataupun kita bakal menyaksikan kemunculan entiti baharu dalam industri aeronautik di Malaysia? Hmm.. memang menarik dan dramatik!

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aeronautik, auto terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Geely, Kereta Terbang, Pesawat Terbang, Proton, Roda4, Terrafugia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)
  • #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat#TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my