• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Grand Theft Auto (GTA) Online Semakin Futuristik, Perkenal Kereta Terbang Serupa DeLorean

Grand Theft Auto (GTA) Online Semakin Futuristik, Perkenal Kereta Terbang Serupa DeLorean

December 13, 2017 By AO Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat gamers! Grand Theft Auto (GTA) Online menampilkan pengemaskinian baharu bagi menambahkan keseronokan kepermainan kepada peminat permainan video ikonik itu.

The Doomsday Heist kini boleh dimainkan di GTA Online dengan menampilkan tiga aksi Heist yang menjanjikan lebih pengembaraan hebat. Itu temasuk memperkenalkan kenderaan baharu daripada kenderaan bersenjata buas hingga kereta sport yang sering berubah-ubah dan banyak lagi.

Antara kenderaan baharu ditampilkan adalah menyerupai DeLorean, yang cuma dapat ditemui dalam filem Back to the Future, dan dalam permainan video ini beraksi sebagai kereta terbang dengan nama 'Imponte Deluxo'.

BACA >>> Grand Theft Auto (GTA) Bukan Sekadar Berlumba Biasa, Ubah Budaya Game Dunia

The-Doomsday-Heist-GTA-Online-1
The-Doomsday-Heist-GTA-Online-2
The-Doomsday-Heist-GTA-Online-3
The-Doomsday-Heist-GTA-Online-4

Juga dapat dilihat dalam trailer di bawah ialah kereta bawah air, diilhamkan daripada Lotus Esprit custom yang dipandu ejen James Bond dalam filem The Spy Who Loved Me (1977).

Bersama deretan kenderaan baharu itu, The Doomsday Heist turut memuatkan pakaian baharu dan pilihan custom peribadi, termasuk kejutan dalam radio. Pengemaskinian tersebut juga bukan sebahagian daripada kandungan boleh muat turun (DLC) yang khas untuk permainan video yang sudah dikeluarkan. Jadi, ia percuma dan boleh dimiliki sesiapa saja dalam dunia GTA Online.

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, DeLoreon, Grand Theft Auto (GTA), GTA Online, Imponte Deluxo, permainan video, The Doomsday Heist, video game

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my