Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»GAC GS3 Terjah Pasaran Malaysia, Mampukah Lawan X50, HR-V? Harga Mula RM88k!
Roda4

GAC GS3 Terjah Pasaran Malaysia, Mampukah Lawan X50, HR-V? Harga Mula RM88k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WARISAN Tan Chong Automotif (WTCA) dan GAC Motor International Limited (GAC International) memeterai perjanjian pengedaran yang menyaksikan WTCA dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama GAC di Malaysia pada 30 November lalu.

Sebagai permulaan, model GAC GS3 menjadi model import (CBU) pertama diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan perincian seperti berikut:

HARGA 

Ditawarkan dalam dua varian dan harga seperti berikut:

  • Standard – RM88,800
  • Premium – RM96,800

• Harga adalah atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian, dan termasuk pengecualian 50 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

BACA >>> Trak Pikap China, JMC Vigus Pro 4×4 dengan Enjin 2.0L TDi (139hp, 340Nm) Lancar Bulan Ini

WARNA 

  • Secara am, ada empat warna pilihan: Lunar Grey (kelabu), Ivory White (putih), Starlight Silver (perak) dan Rosefinch Red (merah).
  • Varian Premium hadir menampilkan tona Rosefinch Red dengan bumbung hitam, Ivory White dengan bumbung hitam, dan Lunar Grey dengan bumbung sama warna dengan badan.
  • Varian Standard ditawarkan dalam warna Lunar Grey, Ivory White dan Starlight Silver.

TRENKUASA

  • Enjin petrol 4-silinder 1.5L dengan teknologi injap variabel Dual-CVVT berkuasa 111.5hp @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
  • Sistem transmisi automatik 6-kelajuan dengan pemangkin tork untuk anjakan gear lebih lancar dan prestasi dipertingkat.
  • Penggunaan bahan api 6.9 liter per 100km (atau 14.5km per liter mengikut kitaran NEDC dan laporan ujian UNECE R101).

BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel

REKABENTUK

  • Mengetengah bahasa rekabentukterkini GAC, dinamakan Flying Dynamic Wing 3.0.
  • Gril depan lebih menyerlah dengan kemasan krom bersambung dengan lampu utama jenis projektor.
  • Ada kemasan krom melintasng sepanjang bampar bawah depan hingga lampu kabus.
  • Ada spoiler belakang yang disepadukan dengan lampu brek ketiga. Lampu belakang jenis LED.
  • Rekabentuk bumbung berkonsepkan ‘terbang’ (flying roof) dengan pilar-D hitam untuk penampilan lebih sporty dan maskulin.
  • Memiliki dimensi panjang 4,358mm, lebar 1,825mm, dan tinggi 1,660mm. Jika ada rel bumbung, ketinggian SUV ini  ialah 1,685mm, manakala jarak roda 2,560mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu

KABIN

  • Ada sistem infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay, dan ciri Phone Mirroring dan Bluetooth.
  • Stereng tiga jejari multi-fungsi dibalut kulit, dan disediakan konsol butang kawalan untuk sistem multimedia dan akses panggilan telefon pintar tanpa perlu mengalihkan tangan dari stereng.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

  • GAC GS3 ialah antara model SUV kompak dengan saiz kabin 1,500mm, cukup luas untuk keselesaan penumpang belakang.
  • Sistem brek jenis cakera, manakala roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 215/60.
  • Ciri stereng kuasa dan bumbung suria ditawarkan sebagai standard.

BACA >>> Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?

  • Sistem pacuan roda depan (FWD). Sistem suspensi jenis independen strut MacPherson strut (depan), dan torsion beam di belakang.
  • Ruang buat 356 liter dan boleh dipertingkat kepada  780 liter apabila merebahkan kerusi belakang.
  • Menyediakan25 ruang simpanan barang.
  • Varian Premium ada tambahan penghidup tanpa kunci (keyless) dan butang mula-henti.

KESELAMATAN

Ciri keselamatan GAC GS3 dilengkapi:

  • 6 beg udara
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Isyarat Henti Kecemasan (ESS)
  • Kamera Undur
    Amaran Tali Keledar untuk semua penumpang
  • Pautan ISOFIX  untuk  kerusi kanak-kanak
  • Sistem Kawalan Suhu dengan penapis PM2.5 untuk udara ruang kabin lebih segar

JAMINAN

  • GAC GS3 diberikan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km.
  • Juga ada bonus cas buruh percuma untuk lima kali servis berjadual yang sah untuk jarak perjalanan di bawah 100,000km atau tidak lebih tiga tahun (mana satu tiba dulu).
  • Di pasaran Malaysia. S5e akan bersaing dengan model SUV subkompak lain seperti Honda HR-V dan Proton X50.

BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?

GAC GS3 GAC Motor International Limited Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Warisan Tan Chong Automotif (WTCA)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.