Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ford Mustang GT500 Eleanor dalam Filem ‘Gone in 60 Seconds’ Akan Dilelong
Autotainment

Ford Mustang GT500 Eleanor dalam Filem ‘Gone in 60 Seconds’ Akan Dilelong

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Mustang GT500 (1967) yang pernah digunakan dalam pembikinan filem Hollywood, Gone in 60 Seconds akan dilelong antara 2 hingga 12 Januari tahun ini.

Dikenali sebagai Eleanor, kereta ini dipandu Memphis Raines (lakonan Nicholas Cage) dalam aksi kejar mengejar di kawasan pelabuhan, bandar dan sepanjang Sungai Los Angeles.

Mustang ini juga melarikan diri dan meninggalkan sebuah helikopter polis jauh di belakang. Inilah unit yang mengangkat nama Eleanor hingga menjadi satu jenama, dan impian ramai peminat kereta sedunia. Sejak Eleanor popular, ada sebilangan peminat dan bengkel kustom membina model replika Mustang legenda itu.

BACA >>> Ford Mustang – Kereta Sport Coupe Terlaris Dunia Tahun Keempat Berturut-Turut!

Beberapa babak rakaman dalam kabin Eleanor turut membabitkan Mustang ini. Faktanya, ada 11 unit Mustang GT500 dibina dan digunakan sepanjang penggambaran Gone in 60 Seconds. Namun, unit ini dilabel sebagai The Dream Car.

Individu yang merekabentuk Eleanor ialah Steve Stanford, manakala Chip Foose pula ditugaskan untuk merealisasikannya. Kemudian, Cinema Vehicle Services di Hollywood Utara, California membina semua 11 unit Eleanor bagi tujuan penggambaran filem.

BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (2020) dengan Supercas V8 Berkuasa 700hp

Satu proses restorasi penuh dijalankan Cinema Vehicle Services ke atas Eleanor sebelum kereta itu dipandu kira-kira 145km. Ia dipacu enjin HiPo 351 CI V8 dengan kepala silinder aluminium dan manifold Edelbrock Performer, sistem ekzos dengan mufler Magnaflow dan sistem pencucuhan MSD.

Kotak gear Eleanor ialah jenis manual Tremec TKO 5-kelajuan dengan klac hidraulik, bellhousing (komponen transmisi) Quicktime dan aci pacu (driveshaft) Wenco untuk hantaran kuasa kepada diferensial Positraction 3.70. Sistem brek menggunakan cakera Wilwood , manakala sistem suspensi daripada Total Control Products. Tambahan lain ialah radiator aluminium berserta kipas elektrik.

BACA >>> Ford Ranger Raptor dan Mustang Bakal Muncul di KLIMS 2018!

Enjin Eleanor ada sambungan sistem NOS yang memberikan dos tambahan kuasa antara 100hp-125hp. Ya, kereta ini ada butang Go-Baby-Go.

Rakaman filem Gone in 60 Seconds bermula sekitar 1999 dan menemui penonton pada 9 Jun 2000. Nicolas Cage selaku watak utama dibantu Angelina Jolie, Robert Duvall dan Will Patton. Eleanor ‘The Dream Car’ akan dilelongkan rumah lelongan Mecum Auction.

GALERI
Angelina Jolie Chip Foose Eleanor filem Hollywood Ford Mustang GT500 Gone In 60 Seconds Kereta Gone in 60 Seconds lelong Mecum Auction Nicolas Cage Steve Stanford The Dream Car
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.