Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford GT Heritage Edition Sempena Tribut Kejayaan 24 Hours of Daytona 1966
Roda4

Ford GT Heritage Edition Sempena Tribut Kejayaan 24 Hours of Daytona 1966

Abang HirataBy Abang Hirata28/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM barisan model prestasi, kehadiran Ford GT baharu nampaknya kurang menonjol berbanding kehebatan dimiliki kereta itu.

Sebagai jentera prestasi buatan Amerika Syarikat (AS), rekabentuk Ford GT nyata berbeza berbanding pesaing dari Itali, Britain, Jepun atau Jerman. Keunikan lain, Ford GT ialah produk Ford, iaitu jenama kereta penumpang dan bukan pengeluar model eksotik dan supercar seperti Ferrari, McLaren, Lexus atau Porsche.

BACA >>> Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

Sejarah Ford GT juga menarik kerana mempunyai kaitan dengan Ford GT40, iaitu model legenda yang dibikin khas untuk perlumbaan dan pernah memenangi empat edisi 24 Hours of Le Mans pada 1966 hingga 1969. Ia juga satu-satunya kereta buatan AS yang pernah menang kejuaraan enduran itu.

FORD GT HERITAGE EDITION, STUDIO COLLECTION

Ford GT Heritage Edition (2021) yang baharu diperkenalkan ini mengambil ilham model asal dan pertama yang memenangi kejuaraan Daytona 24 Hour Continental 1966.

Ford turut memperkenalkan satu lagi varian 2021, iaitu Ford GT Studio Collection (foto atas) dengan menampilkan esktra ciri eksklusif.

Ford GT ini dikuasakan enjin skala sederhana jika dibandingkan segmen setara, dan lebih kecil berbanding Mustang 5.0L. Digerakkan enjin 3.5L EcoBoost V6 berkuasa 660hp dengan transmisi dual-klac (DCT) PowerShift 7-kelajuan, model sport ini dibina berasaskan casis monokok gentian karbon dengan subfrem aluminium di depan dan belakang, manakala panel badan daripada gentian karbon.

Satu lagi komponen menarik ialah cermin depan daripada kaca Gorilla buatan Corning yang turut mengeluarkan skrin telefon pintar. Kaca jenis itu dipilih untuk mengurangkan berat kerana bersaiz nipis dan memiliki kekuatan sama seperti cermin biasa.

GT Heritage Edition (2021) dikeluarkan sebagai tribut kepada kejayaan perlumbaan Daytona 24 Hour Continental 1966. Sebelum Le Mans, inilah kemenangan Ford pertama dalam perlumbaan enduran 24 jam.

Pelumba Ken Miles dan Lloyd Ruby mengetuai dominasi Ford dalam perlumbaan tersebut pada kedudukan 1, 2, 3, 5. Ia langkah kanan untuk musim perlumbaan yang sangat berjaya buat Ford GT40 MKII apabila memenangi tempat 1,2 dan 3 di Sebring dan Le Mans.

Rupa luaran Ford GT Heritage Edition diilhamkan daripada skema warna putih, hitam dan merah jentera lumba Ford GT40 MKII yang menjuarai kejuaraan Daytona 1966.

Model 2021 itu tampil dengan warna Frozen White dan bonet kemasan gentian karbon terdedah (exposed carbon fibre), aksen Race Red pada bahagian depan dan bucu bumbung, pintu pemandu dan bawah sayap belakang. Logo nombor 98 mempunyai latar belakang gentian karbon terdedah dan refleksi kepada badan kereta yang ringan.

BACA >>> Ford Cipta Tayar Boleh Tinggalkan Mesej Kecemasan Atas Pasir!

Rim aluminium tempa 20 inci berwarna Heritage Gold dan dipadankan kaliper brek monoblok Brembo merah.

Bahagian dalaman menggunakan kemasan balutan sued Alcantara hitam pada panel meter, pelapik bumbung dan stereng. Pedal syif berwarna dan ruang dalaman meriah dengan kerusi Alcantara merah .

Kepada pelanggan yang mahukan imej lebih garang, pakej Heritage Upgrade menawarkan set rim 20 inci gentian karbon terdedah dan aksen merah dalam rim, manakala kaliper brek warna hitam dengan tulisan kontras merah. Panel pintu kanan dan kiri gentian karbon tertera logo 98 dalam bentuk kabur.

Ford GT Studio Collection pula menampilkan skema grafik yang menonjolkan komponen gaya utama seperti ventilator penyejuk yang membantu mendinginkan enjin 3.5L EcoBoost V6 berkuasa 660hp ketika sesi tegang dan bersuhu tinggi di litar.

Pakej grafik luaran adalah hasil rekaan dengan kerjasama Ford Performance dan pengeluar Ford GT iaitu Multimatic menerusi sentuhan Ketua Pereka Multimatic, Garen Nicoghosian, yang terlibat dalam pembangunan Ford GT sejak awal lagi.

Hanya 40 unit Ford GT akan menerima pakej Studio Collection untuk model 2021 dan 2022.

BACA >>> Ford Bronco (2021) Kembali dengan Bentuk Badan Kotak, Kompak!

GALERI
Ford GT Daytona
Ford GT Heritage Edition
Ford GT Studio Collection
24 Hours of Le Mans Daytona 24 Hour Continental 1966 Ford Ford GT Ford GT Heritage Edition Ford GT Studio Collection Ford GT40 Garen Nicoghosian Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.