Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York – London Kurang Sejam
Auto Terkini

Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York – London Kurang Sejam

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN mencipta pesawat supersonik sedang berlaku. Kira-kira 18 bulan lalu, firma Boom Supersonic mencatatkan kejayaan menguji jet XB-1, termasuk melakukan prajualan 15 unit pesawat Overture dengan kapasiti 30 tempat duduk, dan masih dalam proses pembangunan kepada syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines.

Virgin Galactic dan Rolls Royce pula mengadakan kerjasama membangunkan pesawat 19 tempat duduk. Rusia pula memiliki rancangan menghasilkan jet supersonik komersial.

Namun, ada syarikat sedang mencipta kelainan, iaituย Hermeus apabila menghasilkan pesawat hipersonik, Quarterhorse yang mampu bergerak lima kali ganda lebih pantas daripada kelajuan bunyi. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

Minggu lalu, syarikat berpangkalan di Atlanta, AS itu menerima geran AS$60 juta (RM251 juta) daripada Tentera Udara AS, sebagai membiayai kos ujian jet tersebut.

Jet itu direka untuk terbang dengan anggaran halaju Mach 5.5 atau 6,790kmj, dan bakal menjadi pesawat guna semula terpantas dunia. Kepantasan pesawat itu membolehkan perjalanan dari New York ke London mengambil masa kurang sejam.

Enjin Quarterhorse ialah GE J85 jet turbo yang sudah menjalani fasa modifikasi untuk mencapai halaju hipersonik. Khabarnya, turbin digunakan mendapat tetapan baharu berdasarkan sistem induksi kombinasi kitaran

Sistem itu digunakan pada enjin jet standard untuk proses berlepas dan mendarat. Sistem juga membantu mengumpul halaju semasa penerbangan sebelum udara disalurkan ke turbin kedua, dipanggil ramjet atau scramjet.

Turbin kedua itu kemudian akan menjana lebih banyak output kuasa, tetapi syaratnya, perlu ada aliran udara berkelajuan tinggi bagi memulakan proses pencucuhan.

Proses sukar adalah menguruskan peralihan antara kedua-dua turbin dan mencapai aerodinamik diperlukan. Hermeus menunjukkan perkembangan positif menerusi penciptaan rekabentuk, pembinaan dan ujian enjin dalam tempoh sembilan bulan.

Jet itu mmeiliki dua kelebihan untuk proses ujian, iaitu Quarterhorse mampu terbang sendiri tanpa juruterbang (autonomi) yang membolehkan pasukan pembangunan projek menguji dengan tenang kerana tiada ancaman nyawa.

Rancangan awal adalah menguji pesawat skala kecil pada 2023, pesawat versi kargo sederhana (2025) dan penerbangan komersial (2029).

BACA >>>ย Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
BACA >>>ย Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>>ย Pesawat Guna Enjin Porsche 911 Mahu Jual di Facebook, Harga RM442k!

SUMBER: RobbReport

Auto Global Boom Supersonic Hermeus Kapal Terang Overture Pesawat Hipersonik Quarterhorse Rolls-Royce Virgin Galactic XB-1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun โ€“ Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.