• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?

Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?

March 31, 2020 By AI 2 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Ninja ZX-25R masih kekal sebagai produk misteri. Namun, itu tidak menghalang banyak media permotoran mengupas ciri yang ada pada sportbike suku liter 4-silinder berkenaan. Misalnya portal Jepun, Young Machine adalah antara media yang kerap mengemas kini maklumat mengenai model tersebut.

Terbaharu, Young Machine berkongsi analisis dan pandangan tentang fungsi salur ram udara (air ram) dan ekzos ZX-25R.

Dua komponen itu menggunakan struktur mufler tengah (midship muffler). Komponen ekzos terdiri daripada tiga lapis yang memberikan prestasi enjin berbeza. Salah satu daripadanya ialah rekaan ram udara, atau dikenali salur udara (air duct).

Bentuk segitiga terbalik di tengah panel kepala adalah sama seperti lakaran. Skru sama seperti lakaran paten dapat dilihat di sebalik kekisi udara. Tujuannya, menghalang air memasuki penapis udara.

Jika diperhatikan, itu ialah saluran ambilan udara (air intake) yang melencong sebelah kiri badan hingga ke penapis udara. Salur atau terowong angin itu bertujuan menyuapkan udara bersih ke ruang pembakaran.

BACA >>> Kawasaki Buat Kejutan, Perkenal Ninja ZX-25R Versi Lumba

Gambarajah salur ambilan (intake duct) di sebelah kiri badan. Gambarajah paling kanan adalah pandangan atas laluan salur yang melencong ke kiri badan untuk menyuap udara. Air yang termasuk dari depan akan disingkirkan dari bolt buang di bawah.

Bagi mencegah air termasuk ke ruang ambilan, ia sengaja direka begitu supaya air (hujan, atau percikan lopak air) dapat disingkirkan menerusi port khas (sedikit ke depan) dan dikeluarkan dari bolt buang (drain bolt) bahagian bawah. Ini bermakna air tidak tersedut ke salur dalam.

Tambahan kebuk di bawah enjin, dinamakan ‘lunch box’, memiliki material kedap bunyi antara ruang dalam dan luar. Ia menolak haba dan bunyi ke luar.
Imej kebuk dari atas. Sambungan dengan silenser pendek yang dikimpal. Susun atur seperti ini memberitahu yang sportbike ini tidak direka untuk mufler jenis slip-on.

Malah, bahagian dalaman ekzos berbentuk kebuk menunjukkan beberapa ruang sekat yang memiliki fungsi tersendiri dalam menguruskan pelepasan emisi dan prestasi. Tiga ruang struktur sofistikated di bawah enjin itu diandaikan menghasilkan deruman khas 4-silinder 250cc.

Menariknya, perumah ekzos juga memiliki struktur tiga lapis yang memisahkan dinding luar dan dalam. Ia ada kaitan dengan aspek redaman bunyi (sound absorbing), meminimumkan bahang ekzos dan mengurangkan gegaran. Lapisan itu juga mungkin mampu melindungi kerosakan dinding dalam apabil berlaku kemalangan atau hentakan.

Pemilihan komponen juga tidak dipandang remeh kerana Kawasaki memilih material keluli tahan karat. Namun, segalanya cuma andaian dan bukan muktamad kerana analisis dibuat berdasarkan imej paten.

BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?

Bunyi F1 dengan struktur tiga kebuk. Bahagian dalam kebuk tambahan memiliki struktur tiga kebuk rumit dan gas ekzos akan berpusingan dalam kebuk. Ini memberikan karakter output hebat dan bunyi unik 4-silinder.
Ekzos dari paip kembar. Imej ini menunjukkan lakaran hujung ekzos. Bahagian dalam memiliki struktur paip ganda dan ekzos disambung dari luar dan dalam silinder untuk mengurangkan bising.

SUMBER: YoungMachine

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Jepun, Kawasaki Ninja 250, Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc, young machine

Comments

  1. Jan says

    March 31, 2020 at 1:17 PM

    macam rugi je x boleh pasang slip on, maksud nya kalau nak tukar exhaust kena terus pasang full system, dan tune skali.

    pendapat saya, tak ada orang yang beli motor ni sebab nak pakai exhaust standard, rugi la x boleh dengar sound 4 silinder yang high revving sampai 17k++ tu.

    Reply
  2. Ejad says

    April 2, 2020 at 7:15 PM

    Kalau pakai slip on je mana nak kluar bunyi syahdu, elok la pakai midpipe atau full system terus.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my