Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan
Roda4

Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Abang HirataBy Abang Hirata25/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN perlumbaan kereta memang sengit dan ada kisah atau drama menarik di sebaliknya. Antaranya, kisah tiga unit Ford GT40 yang berjaya mengalahkan Ferrari dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans 1966.

Selepas perlumbaan tersebut, Ferrari pula menang bergaya menerusi tiga model Siri P, iaitu 330 P3/4, 330 P4 dan 412 P dengan menyapu bersih podium tempat pertama hingga ketiga dalam perlumbaan 24 Hours of Daytona 1967.

Sempena meraikan pencapaian dalam sukan permotoran, Ferrari memperkenalkan siri Icona pada 2018, iaitu Monza SP1 and Monza SP2. Dengan legasi kemenangan dan sejarah, model siri Icona itu tampil dengan gaya ikonik, teknologi canggih dan berketerampilan.

Ia model yang perlu hebat dan bukan sekadar satu lagi Ferrari. Selepas Monza SP1 and SP2, Ferrari kembali dengan siri Icona terbaharu, Daytona SP3 yang diperkenalkan pada 20 November lalu.

BACA >>> Ford GT Heritage Edition Sempena Tribut Kejayaan 24 Hours of Daytona 1966

Apa istimewa Daytona SP3?

  • Menawarkan pakej gaya, teknologi dan enjin paling berkuasa pernah dihasilkan Ferrari
  • Menampilkan rekabentuk unik dengan garis tajam pada bampar depan dan menyerlah pada bahagian belakang.
  • Garis tajam memberi impak dari segi dinamik dan dipadankan sentuhan lekukan lembut yang membangkitkan aura model Siri P yang menjadi juara Daytona.
  • Gaya badan jenis Targa dengan bumbung boleh buka dipengaruhi model prestasi yang lalu.
Enjin Paling Berkuasa!

  • Menggunakan enjin aspirasi natural (NA) V12 daripada 812 Competizione, dipasangkan pada kedudukan tengah belakang (mid-rear) bagi mengoptimumkan bentangan ambilan (intake) dan ekzos bagi mencapai kecekapan dinamika bendalir.
  • Hasilnya ialah trenkuasa 6.5L F140HC, iaitu enjin pembakaran dalaman paling berkuasa pernah dihasilkan Ferrari dengan output kuasa 829hp @ 9,250rpm dan tork 697Nm @ 7,250rpm.

  • ‘Isi perut’ dibikin bagi mengurangkan berat enjin dan inersia. Contohnya, komponen konrod (conrod) dibuat daripada titanium dengan berat 40 peratus lebih ringan berbanding besi.
  • Pin omboh menggunakan bahan karbon berlian (Diamond Like Carbon, DLC) untuk mengurangkan pekali geseran (drag coefficient), sekali gus meningkatkan prestasi dan menambah baik penggunaan bahan api.
  • Material DLC juga digunakan pada aci sesondol (camshaft) dan pengikut injap jejari gelangsar (sliding finger valve follower) bagi mengurangkan geseran.
  • Sistem ambilan direka semula dan sistem suntikan terus diubah suai dengan pam petrol kembar dan empat rel bahan api (fuel rail) yang ada sensor tekanan.
  • Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.
  • Dari segi pecutan, kelajuan maksimum mampu mencapai lebih 340kmj, dan pecutan 0-100kmj sepantas 2.85 saat sahaja!

BACA >>> LaFerrari Aperta Ini Dijual RM41.7 Juta! Catat Rekod Termahal Ferrari

Casis daripada Bahan Komposit

  • Casis dibuat sepenuhnya menggunakan bahan komposit daripada teknologi Formula 1 yang kali terakhir digunakan pada model pengeluaran LaFerrari pada 2013.
  • Ciri menarik lain, kerusi kereta disatukan dengan casis bagi mengurangkan berat selain membolehkan pemandu berada dalam posisi sama seperti jentera lumba.

  • Selain menjadi kereta paling berkuasa pernah dihasilkan Ferrari, model ini juga memiliki ciri aerodinamik paling cekap pernah dikeluarkan pengelur supercar dari Itali itu.
  • Banyak menumpukan kepada aspek rekabentuk dan kajian aerodinamik bagi mendapatkan kecekapan maksimum menerusi kaedah aerodinamik pasif.
  • Contoh, menggunakan corong untuk mengekstrak tekanan udara rendah dari bawah kereta dan beberapa ciri lain yang menjadikan model ini paling cekap dari segi aerodinamik tanpa penggunaan komponen aerodinamik aktif.
Unit Terhad dan Mohon Maaf…

Seperti biasa, model sebegini dibuat dalam unit terhad, iaitu 599 unit sahaja. Laporan media mendakwa 499 unit sudah dibeli pemilik Monza SP1 dan Monza SP2 sedia ada, manakala baki 100 unit akan dikhaskan kepada pelanggan terpilih.

Harga semestinya tinggi. Bagaimanapun, harap maaf, semua unit Daytona SP3 sudah pun habis dijual! 😱😭

BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta
BACA >>> NAZA Italia Lancar Ferrari SF90 Spider, Harga RM2j!
BACA >>> #RetroAuto: Ferrari Pernah Hasilkan Superbike Sebagai Tribut untuk Pengasasnya

24 Hours of Daytona 1967 Ferrari Ferrari Daytona SP3 Ferrari Icona Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda4

    Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.