• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #RetroAuto: Ferrari Pernah Hasilkan Superbike Sebagai Tribut untuk Pengasasnya

#RetroAuto: Ferrari Pernah Hasilkan Superbike Sebagai Tribut untuk Pengasasnya

January 3, 2020 By Aryon Leave a Comment

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda Ferrari pernah menghasilkan motosikal sebagai tribut kepada pengasas jenama mewah itu, Enzo Ferrari?

Dengan mendapat keizinan anak lelaki Enzo, Piero Ferrari, pembinaan superbike itu mendapat sentuhan jurutera di MV Meccanica Verghea, David Kay dan pernah beberapa kali berada di pentas rumah lelongan antarabangsa. Kebetulan pula abad ke-19 dan -20 menyaksikan pertumbuhan pesat industri motosikal seluruh dunia.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

motosikal-ferrari-1
motosikal-ferrari-4
motosikal-ferrari-7

Salah satu motosikal yang menjadi tumpuan dan diperkatakan ramai ketika itu ialah model Ferrari, juga motosikal pertama dan satu-satunya jentera dua roda pernah dihasilkan jenama Itali itu.

Menurut Bonhams, motosikal Ferrari itu seberat 172kg dengan keseluruhan badan diperbuat daripada aluminium. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) jenama Forcelle Italy dan rim 17 inci daripada Astralite, manakala sistem brek dibekalkan Brembo.

Motosikal Ferrari ini menggunakan enjin 4-silinder 900cc DOHC berkuasa 105hp @ 8,800rpm dengan kelajuan maksimum 265kmj!

BACA >>> Ferrari F8 Tributo (710hp, 770Nm) Berlabuh di Malaysia, Harga RM1.068 Juta Sahaja!

motosikal-ferrari-6
motosikal-ferrari-2

Jentera itu kali pertama dilelongkan pada 2008 pada harga cadangan AS$308,608 (RM1.26 juta). Bagaimanapun, atas beberapa isu, sesi lelongan pertama itu ditangguhkan hingga empat tahun kemudian.

Motosikal tersebut kemudian sekali lagi dilelong pada 2012 dengan harga lebih murah, iaitu AS$110,481 (RM451,591). Pada tahun sama juga Ferrari mengumumkan tidak berminat untuk menghasilkan produk motosikal jenama itu pada masa sekarang dan akan datang.

BACA >>> Ferrari Perkenal Teknologi Cat Suhu Rendah yang Lebih Jimat Tenaga

GALERI
motosikal-ferrari-1
motosikal-ferrari-2
motosikal-ferrari-3
motosikal-ferrari-4
motosikal-ferrari-5
motosikal-ferrari-6
motosikal-ferrari-7

Artikel Berkaitan

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: David Kay, Enzo Ferrari, Ferrari, Motosikal Ferrari, MV Meccanica Verghea, Piero Ferrari, Retro Auto, roda2, superbike, Superbike Ferrari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my