Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
Roda4

Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)

Abang HirataBy Abang Hirata13/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI EROPAH, Kia mempunyai siri model khas, dinamakan Kia Ceed yang terdiri daripada tiga versi berbeza Ceed, Proceed dan Xceed.

Siri Kia Ceed generasi kedua (2012 – 2018), dan ketiga (2018 -) mendapat sentuhan pereka terkenal yang siapa lagi jika bukan Peter Schreyer.

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia
BACA >>> Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

Satu ciri utama siri Kia Ceed adalah tiada gaya model sedan ditawarkan. Ini boleh difahami berdasarkan cita rasa pengguna Eropah. Justeru Kia Ceed generasi ketiga dibuat dalam versi hatchback 5-pintu (Ceed), sportswagon (ProCeed) dan crossover (Xceed).

Bagi model 2023, Kia UK kembali memperkenalkan varian tertinggi GT-Line S untuk Ceed (jingga) dan ProCeed (biru) yang dilengkapi sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Model Kia lain seperti Ceed 2, Ceed GT Line, Ceed 3 dan Proceed GT-Line menggunakan transmisi manual 6-kelajuan sebagai ciri standard. Transmisi itu menggerakkan input daripada enjin 1.5L T-GDi (turbocharged gasoline direct injection) yang menghasilkan kuasa 158hp.

Menggunakan transmisi DCT, Kia Ceed GT-Line S (2023), foto atas, mampu memecut 0-100kmj sepantas 8.4 saat dan bertambah 0.2 saat untuk Kia ProCeed GT-Line S (2023) dengan kelajuan maksimum 209kmj.

Transmisi DCT dibangunkan sendiri Kia dengan objektif memberikan bahan api lebih cekap dan mengekalkan karakter sporty transmisi manual apabila pemandu mahu menukar gear sendiri. Berikut ciri istimewa Kia Ceed GT-Line S (2023):

  • Mendapat rim aloi premium 18 inci, bumbung suria panoramik, dan kerusi kulit hitam dan sued.
  • Diberikan kerusi elektrik boleh laras dengan fungsi memori (pemandu).
  • Sistem bantuan parkir pintar (SPAS) dengan sensor depan dan belakang.
  • Kunci pintar dengan butang mula-henti (start-stop).
  • Sistem audio premium JBL dengan lapan pembesar suara.
  • Pengecas telefon pintar wayarles.
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW).
  • Kerusi dengan fungsi pemanas (bahagian belakang luar).
  • Kawalan Jelajah Pintar (ACC) dengan fungsi henti-mula.
  • Mod pandu Normal dan Sport.
  • Pedal syif.

Sementara itu, crossover Kia XCeed GT-Line S (2023), foto atas, yang mula diperkenal pada 2022 turut menerima pilihan transmisi DCT buat kali pertama. Model ini sebenarnya paling popular yang membabitkan hampir separuh keseluruhan jualan siri Ceed.

Kia XCeed juga istimewa dengan tawaran model hibrid plug-in (PHEV) yang boleh dipandu sejauh 48km menggunakan mod elektrik penuh. Secara keseluruhan, siri Kia Ceed menjadi penyumbang utama kejayaan jangka masa panjang Kia UK.

Pada 2022, siri Kia Ceed dengan hampir 20 peratus pegangan jualan membantu Kia mencapai angka jualan lebih 100,000 unit dalam tempoh setahun, yang juga menjadi rekod baharu Kia.

Ketiga-tiga varian GT-Line S untuk Ceed, ProCeed dan XCeed (DCT) dijual pada harga £31,145 (RM166,120), £32,245 (RM171,990) dan £31,495 (RM168,010).

BACA >>> Ketua Pereka Kia, Karim Habib Kini Naik Pangkat Naib Presiden Eksekutif
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran
BACA >>> Kia Sorento (2023) dalam Pilihan Enjin Petrol, Diesel Buka Tempahan, Harga Anggaran RM220k

Kia Kia c'eed Kia Ceed GT-Line S Kia Proceed Kia ProCeed GT-Line S Kia UK Kia XCeed Kia XCeed GT-Line S Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.