Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Streetfighter V4 Lancar Secara Strim YouTube
Roda2

Ducati Streetfighter V4 Lancar Secara Strim YouTube

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAKED bike berasaskan Panigale V4 sepatutnya dilancarkan semalam, tetapi terpaksa dibatalkan dek pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Sebaliknya, dilancarkan menerusi strim YouTube secara langsung sahaja.

Awal video, Pengurus Komunikasi Produk Ducati, Giulio Fabbri berkata, pada masa ini pasukan Ducati sepatutnya berada di Sepanyol untuk majlis pelancaran global Streetfighter V4 dan seramai 90 wakil media seluruh dunia berpeluang menunggang uji model baharu itu.

Berdasarkan perancangan awal, Fabbri berlata, pelancaran akan dibuat di Pusat Rekabentuk Ducati yang menjadi nadi kelahiran semua model Reds of Borgo Panigale. Namun, perintah berkurung (lockdown) yang dikuatkuasakan kerajaan Itali memaksa acara itu dibatalkan dan rakaman video perlu dilakukan dari rumah masing-masing.

Selepas ditayangkan di Ducati World Premiere dan Pameran Motosikal Milan (EICMA 2019),  Streetfighter V4 rasmi dilancarkan dan menerusi video itu, pereka, Jeremy Faraud dan penunggang uji rasmi Ducati, Alessandro Valia menjelaskan perincian teknikal model tersebut.

Faraud menjelaskan Streetfighter V4 ialah jentera yang mampu beraksi agresif di litar dan pada masa sama menikmati keselesaan tunggangan harian seperti naked bike standard.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

“Kombinasi dua aspek berkenaan dalam satu motor diilhamkan dari dunia Joker kerana watak itu sendiri ada dwi personaliti iaitu kombinasi seronok dan jahat,” kata Faraud.

Sementara itu, Valia yang menjelaskan karakter jentera dari sofa rumahnya berkata, Streetfighter V4 ialah naked bike berkuasa.

Bagi motosikal tanpa perlindungan aerodinamik dan posisi ergonomik dengan atas badan dan kepala menegak dan tinggi, ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan tunggangan pada halaju tinggi.

Bagaimanakah Ducati mengatasi masalah itu?

“Kami bekerja dari segi geometri yang mana saiz jarak roda swingarm ditingkatkan hingga 15mm dan membuka kepala stereng untuk dapatkan lebih trail dan akan dapat lebih kestabilan.

“Tapi seperti mana kami tahu, ini menyumbang kepada penambahan keseronokan tunggangan dan pengendalian di jalan raya, maka kami tiada kompromi. Jadi kami mengambil kira perubahan kecil dan buat sayap apendaj pada motor.

“Ini ialah model kedua menggunakan sayap apendaj, yang mana pertama ialah Panigale V4R dengan sayap monoplane dan streetfighter biplane,” katanya.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

Streetfighter V4 ditawarkan dalam dua varian: Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S, iaitu versi spesifikasi tinggi yang dibekalkan suspensi elektronik Öhlins, damper stereng Öhlins dan rim Marchesini. Kedua-dua varian dikuasakan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale daripada Panigale V4.

Model standard menghasilkan kuasa 208hp @ 12,750rpm dan tork 123Nm @ 11,500Nm, yang juga setanding Panigale V4. Kepada mereka yang merasakan 208hp masih tidak cukup berkuasa, Ducati menawarkan opsyen kit lumba sistem ekzos Akrapovic untuk peningkatan kuasa sebanyak 220hp dan tork 130Nm. Mencanak beb!

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

VIDEO
Streetfighter V4 - #TheFightFormula: Streaming presentation
GALERI
Ducati ducati paso Ducati Streetfighter V4 Ducati Streetfighter V4 S naked bike roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.