Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!
Roda2

Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

AryonBy Aryon11/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA model paling dinanti ramai, Ducati Streetfighter V4 didedahkan kepada umum buat kali pertama di Rimini, Itali.

Jentera baharu ini menggunakan pakej elektronik dan enjin Panigale V4 yang dipadukan  rekabentuk agresif dengan dua set sayap, juga boleh dikatakan naked bike pertama yang mengetengah ciri aerodinamik sebegitu.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Ducati Streetfighter V4 Dikesan Sedang Isi Minyak, Debut Oktober Ini

DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM95k

Streetfighter V4 ditawarkan dalam dua varian: Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S, iaitu versi spesifikasi tinggi yang dibekalkan suspensi elektrnoik Öhlins, damper stereng Öhlins dan rim Marchesini.  Streetfighter V4 berharga £17,595 (RM95,100), manakala Streetfighter V4 S berharga £19,795 (RM106,990). Jika masuk ke Malaysia, harga pasti melonjak berganda tinggi.

Kedua-dua varian dikuasakan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale daripada Panigale V4. Model standard menghasilkan kuasa 208hp @ 12,750rpm dan tork 123Nm @ 11,500Nm, yang juga setanding Panigale V4.

Seperti diduga, Ducati melakukan perubahan pada pemetaan terotel dan bahan api untuk Streetfighter V4 dengan memendekkan nisbah pacuan akhir, hantaran tork roda belakang dapat ditingkatkan 10 peratus berbanding Panigale.

Kepada mereka yang merasakan 208hp masih tidak cukup berkuasa, Ducati menawarkan opsyen kit lumba sistem ekzos Akrapovic untuk peningkatan kuasa sebanyak 220hp dan tork 130Nm. Mencanak beb!

Sistem suspensi standard untuk Streetfighter V4 menggunakan Fork Piston Besar (BPF) Showa 43mm dengan spring prabeban dan damper boleh mampat dan lantun terbina dalam. Suspensi belakang menggunakan absorber Sachs boleh laras penuh, yang sebelah bahagian dhubungkan kepada enjin Desmosedici Stradale menerusi brake aluminium tempa. Damper stereng Sachs melengkapkan pakej depan jentera ini.

BACA >>> Ducati Siar Video Acah Streetfighter V4, Lancar Rabu Ini!

SUSPENSI ÖHLINS

Seperti dimaklumkan di atas, Streetfighter V4 S mendapat set fork Öhlins NIX di depan, absorber Öhlins TTX36 di belakang, dan damper stereng elektronik kawalan elektronik.

Sama seperti Panigale V4 S, seluruh sistem suspensi boleh disetkan untuk gerakan semi-aktif, sambil jentera memberikan sokongan ketika membrek dan memecut apabila diperlukan. Sistem tersebut juga membolehkan penunggang mematikan bantuan elektronik dan menggunakan suspensi secara pasif.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Nombor 005 Mahu Dilelong untuk Yayasan Carlin Dunne

DUA SET WINGLET

Saya atau winglet adalah antara komponen baharu yang semakin banyak dipasangkan pada motosikal kuasa tinggi hari ini. Komponen yang diilhamkan daripada jentera MotoGP itu turut ada Streetfighter V4.

Ada dua set sayap, dipanggil Ducati sebagai sayap biplane, yang dipasangkan di setiap panel sisi motosikal Menurut Ducati, sayap tersebut mampu menjana 28kg daya bawah (downforce) pada kelajuan 269kmj dan pujian harus diberikan kepada pasukan Ducati Corse MotoGP.

Sayap tersebut turut memainkan peranan menyejukkan enjin dengan meningkatkan kelajuan aliran air (2 peratus) dan minyak (10 peratus) radiator.

Seperti famili Panigale, Streetfighter menggunakan frem depan minimalis dan ringan yang enjin dipasangkan di tengah sebagai  anggota stres (stressed member) , manaka subfrem trellis dihubungkan pada kepala silinder belakang.

Sistem brek terdiri daripada kaliper monoblok Brembo Stylema prestasi tinggi dan cakera 330mm di depan. Roda belakang menggunakan cakera tunggal 245mm dan kaliper 2-piston. Melengkapkan lagi aspek keselamatan streetfighter ini ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang dikawal selia Unit Unjuran Inersia (IMU) dan sistem belokan Ducati Cornering ABS EVO.

Berikut pakej elektronik dimiliki Streetfighter V4:

  • Belokan ABS, ABS Cornering EVO
  • Kawalan Traksi Ducati, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Kawalan Gelincir Ducati, Ducati Slide Control (DSC)
  • Kawalan Wheelie Ducati, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Luncur Kuasa Ducati, Ducati Power Launch (DPL)
  • Quick Shift atas/bawah Ducati, Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Kawalan Brek Enjin, Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Suspensi Elektronik Ducati, Ducati Electronic Suspension (DES) EVO

GALERI
Ducati Ducati Streetfighter V4 naked bike roda2 superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.