Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Di Sebalik Seni Litar Lumba: Bukan Sekadar Trek Lurus dan Selekoh, Mesti Emosional!
Autotainment

Di Sebalik Seni Litar Lumba: Bukan Sekadar Trek Lurus dan Selekoh, Mesti Emosional!

ZYBy ZY30/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN lebih mudah mengkritik rekabentuk litar lumba moden (terutama selepas segala risiko cuba diatasi menerusi piawaian keselamatan), faktanya lebih banyak penilaian sains dan teknikal yang terlibat dalam proses membina sesebuah trek lumba.

Ia tidaklah semudah mencantum beberapa selekoh dan jalan lurus seperti trek kereta mini Tamiya kalau itu yang anda pernah fikirkan.

Bagi mendapat pengiktirafan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dengan kelulusan menganjurkan pelbagai kategori perlumbaan bertaraf antarabangsa, sesebuah litar perlu mematuhi standard ditetapkan. Daripada proses lakaran hingga semakan akhir litar yang sudah disiapkan, ia mesti memenuhi syarat sebelum diberi lesen dan pengredan.

BACA >>> Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

Menurut pakar, seawal fasa lakaran, sesebuah litar lumba tidak patut hanya ada selekoh dan disusuli seksyen lurus hingga selekoh seterusnya. Litar terbaik sebenarnya menjadikan garis lumba (racing line) sebagai keutamaan. Inilah sebab litar jalanan sukar mencapai hasil terbaik kerana dihadkan lanskap sesebuah bandar. Seberapa lebar litar di seksyen tertentu memberi impak tinggi pada garis lumba yang dimahukan, termasuk kelajuan, dan juga peluang memotong.

Bagaimanapun, perkara utama yang mempengaruhi rekabentuk sesebuah litar ialah faktor geografi kawasan. Dalam hal ini, simulasi komputer sangat penting untuk memaparkan bentuk litar secara visual sebelum proses pecah tanah bermula.

Karakter dan emosi turut memainkan peranan besar. Anda boleh lakarkan apa saja bentuk litar terhebat atas kertas. Namun tanpa karakter, bukan saja pelumba, malah penonton juga tidak akan sukakannya.

BACA >>> Terengganu Cadang Bina Litar Lumba Kedua di Kemaman

Contohnya, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terkenal dengan dua trek lurus yang dihubungkan selekoh tajam ‘hairpin’, dan menjadi saksi banyak aksi pintas memintas dramatik. Namun, litar seperti Nurburgring Nordschleife di Jerman dan Spa-Franchorchamps di Belgium mempunyai reputasi lebih besar atas faktor risiko litar-litar tersebut yang kerap meragut nyawa ramai pelumba.

Bagi saya, litar yang bagus adalah bila litar itu mencipta emosi. Ia perlu ada sedikit daya-G di selekoh, titik pecutan dan perlu ada turun-naik. Ini menjadikan ia benar-benar emosional. Kemudian, ia perlu dikelilingi persekitaran menarik, maka terhasillah litar yang sempurna.”

– HERMAN TILKE, Pereka Litar Terkenal (juga pereka SIC)

Litar lumba turut menjadi elemen penting dalam pembuatan kereta baharu yang mana banyak pengeluar memilih untuk ‘berkampung’ di Nurburgring bagi menyempurnakan dinamik pemanduan produk masing-masing.

Semacam tidak sah kalau sesebuah kereta baharu itu, terutama dalam kelas prestasi, untuk tidak merekodkan catatan masa terbaik di litar tersebut. Ia secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pengeluar untuk memasarkan jentera baharu mereka.

Lihatlah apa diuar-uarkan Renault selepas Megane RS Trophy-R dapat mengalahkan catatan masa Honda Civic Type R sebagai jentera pacuan depan (FWD) terpantas di trek ‘The Ring’.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!

5 KRITERA PENILAIAN PENTING

1. Gred FIA

Sesebuah acara perlumbaan seperti Formula 1 Grand Prix, hanya boleh dianjurkan di litar berstatus Grade 1. Contoh lain, Rallycross boleh dianjurkan di litar dengan gred paling rendah dalam kelas FIA, iaitu Grade 6.

2. Persekitaran

Di Bahrain, pasir mendatangkan masalah besar kerana litar itu dibina di tengah padang pasir. Jadi, cecair melekit perlu disembur pada longgokan bukit pasir bagi mengelakkan pasir berterbangan mengotorkan litar.

3. Keselamatan

FIA menetapkan tiada litar dibenarkan mempunyai segmen lurus lebih 2km (kecuali Döttinger Höhe di ‘The ‘Ring). Ini ditetapkan selepas kemalangan maut di laluan Mulsanne, iaitu trek lurus sepanjang 6km di Le Mans yang mana jentera prototaip Group C mampu mencapai kelajuan lebih 400kmj. Chicane (2 selekoh tajam berturutan) ditambah selepas 1990 dan kekal hingga kini.

4. Run-Off

Litar Grade 1 moden memerlukan kawasan ‘run-off’ besar, iaitu kawasan yang memisahkan antara litar dan benteng keselamatan pada segmen litar tertentu, terutama kawasan yang pelumba dijangka kerap terbabas.

5. Saliran air

Walaupun nampak seperti sebuah trek rata, litar lumba harus mempunyai ‘crown’, iaitu permukaan sedikit cerun pada kedua-dua sisi litar bagi memudahkan air mengalit keluar dari litar ke longkang supaya air tidak bertakung dan berlaku situasi aqua-planing (terapung dan menggelincir ketika melalui jalan digenangi lopak air) ketika hujan.

SUMBER: WhichCar.au

Auto Terkini autotainment Hermann Tilke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) litar lumba Nürburgring Spa-Franchorchamps Trek Lumba
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.