• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

November 24, 2018 By Aryon Leave a Comment

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat sukan permotoran, khususnya di Selangor kerana Kerajaan Negeri bercadang membina satu litar lumba seluas 20 ekar (besar juga tu) di kawasan Sungai Tua, Gombak.

Cadangan itu dibuat Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dipetik Astro Awani yang berkata, litar lumba tersebut akan dibina dengan kaedah Perkongsian Swasta Awam (PPP) bagi mengalakkan pembangunan sukan permotoran di negeri itu selain penganjuran acara permotoran di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

BACA >>> Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

"Hafizh Syahrin, pelumba kelahiran Selangor mencatatkan sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menyertai Kejuaraan MotoGP sebaris pelumba handalan dunia seperti Marc Marquez, Valentino Rossi dan lain-lain.

"Litar lumba ini akan memiliki kemudahan berkapasiti 1,000 penonton dan dilengkapi kemudahan seperti padok, kafeteria, surau dan gerai jualan.

Litar yang akan dibina itu akan dibincangkan bersama Persatuan Automobil Malaysia (AAM) bagi mendapatkan spesifikasi dan pengiktirafan yang membolehkan kejohanan besar diadakan di litar ini," kata Amirudin ketika ucapan Bajet Selangor 2019 di Shah Alam, kelmarin.

LITAR PELBAGAI GUNA

hafizh-oliveira-ktm-tech3-5
hafizh-syahrin-gp-australia
hafizh-oliveira-ktm-tech3-8

Hafizh baru-baru berjaya menamatkan saingan di tempat ke-10 pada pusingan akhir MotoGP 2018 di GP Valencia, Sepanyo, tetapi gagal meraih gelaran rookie terbaik dengan jurang cuma 4 mata di belakang pencabar terdekat, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS).

BACA >>> #GPValencia: Musim 2018 Tamat, Cuma 4 Mata Halang Hasrat Hafizh Raih Rookie Terbaik

Menurut Amirudin lagi, litar baharu di Selangor itu kelak boleh digunakan sebagai trek latihan pemanduan untuk jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis atau bomba.

KOMEN KAMI

Setuju.

* Gambar sekadar hiasan

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my