• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terengganu Cadang Bina Litar Lumba Kedua di Kemaman

Terengganu Cadang Bina Litar Lumba Kedua di Kemaman

September 7, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

324
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik kepada peminat sukan permotoran di Terengganu. Kerajaan Negeri bercadang membina satu lagi litar lumba di kawasan Kemaman, Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Shukairi Wan Abdullah berkata, cadangan sudah dikemukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina satu lagi litar lumba.

Dalam usaha KBS mahu membangunkan satu litar di setiap negeri, kami menyambut baik cadangan itu. Buat masa ini, kami sudah memiliki satu litar lumba di Gong Badak dan bercadang menambah satu lagi di Kemaman dalam usaha mengurangkan gejala rempit di Terengganu.

“ Tambahan kami sememangnya memiliki pelumba-pelumba muda tempatan yang berbakat dan aktif dalam sukan permotoran termasuk Cub Prix.

“Kawasan juga sudah dikenal pasti dan kami akan bentangkan kertas kerja kepada KBS. Kemaman juga dipilih kerana terletak jauh dari kawasan perumahan. Ini kerana litar sedia ada di Gong Badak terletak di kawasan perumahan yang mungkin mengganggu ketenteraman penduduk setempat,” katanya ketika merasmikan Perlumbaan Toyota Gazoo Racing 2019 musim ketiga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kos pembinaan litar difahamkan akan ditanggung KBS, manakala litar sedia ada di Gong Badak dibina sepenuhnya Kerajaan Negeri.

BACA >>> Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

Terengganu Cadang Bina Litar Lumba Ke-2 Di Kemaman

Related

324
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: litar lumba, litar lumba kemaman terengganu, litar terengganu, Toyota Gazoo Racing 2019, Wan Shukairi Wan Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev