• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!

Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!

May 22, 2019 By Han Othman Leave a Comment

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT Megane RS Trophy-R mendedahkan imej rasmi buat kali pertama sambil mendakwa sudah mencatatkan rekod lap baharu Nürburgring untuk kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) dengan catatan 7:40.1 minit. Rekod baharu itu 3 saat lebih pantas daripada pemegang rekod terdahulu, Honda Civic Type R

Model ini dikuasakan trenkuasa sama seperti Megane RS Trophy, enjin petrol 1.8L pengecas turbo berkuasa 296hp dan tork 400Nm. Bagi mencapat rekod itu, pasukan jurutera mengurangkan 130kg berat dengan mengeluarkan kelengkapan kabin, casis dan badan, serta dipasangkan komponen aerodinamik yang direka semula.

Kemas kini lain ke atas Megane RS standard termasuk penggunaan sistem ekzos Akrapovic, brek Brembo, suspensi Öhlins boleh laras baharu, rim aloi ringan, tayar Bridgestone ekstra cengkaman dan sepasang kerusi buket gentian karbon Sabelt. Sama seperti Megane Trophy-R terdahulu, kerusi belakang ditanggalkan untuk mengurangkan berat jentera.

Kemasan dalaman mendapat sentuhan Alcantara pada stereng sport, dan sepasang tal keledar harnes lumba dan bar harnes. Megane RS.

BACA >>> Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k

Megane RS baru saja dilancarkan di Malaysia pada April lalu pada harga RM279,888 untuk varian manual dan 299,888 automatik, manakala harga untuk pasaran Langkawi ialah lebih kurang 50 peratus lebih murah.

SUMBER: AutoExpress

Related

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Civic Type R, Nürburgring, Rekod, Rekod Nurburgring, Renault Megane R.S Trophy-R, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev