Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

Han OthmanBy Han Othman05/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302

SUSPEK remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikaitkan dengan nahas jalan raya sehingga mengorbankan lima nyawa di Kluang direman empat hari lagi bagi membantu siasatan kes yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman baharu itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mujib Seroji selepas tempoh tahanan reman terdahulu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya berakhir Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura ditahan semula susulan arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas meneliti kertas siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas AGC menilai semula fakta dan bukti berkaitan kemalangan tragis yang meragut nyawa empat ahli keluarga, termasuk abang kandung suspek sendiri.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kluang kira-kira jam 8.45 pagi sebelum dibawa ke bilik mahkamah untuk prosiding yang berlangsung sekitar 45 minit. Suspek kemudian dibawa keluar dari mahkamah kira-kira jam 10 pagi.

Siasatan mendapati suspek memandu sebuah Mercedes-Benz A250, manakala abangnya yang berusia 22 tahun memandu BMW 530e di laluan sama sebelum insiden berlaku. Kedua-dua kenderaan dipercayai terlibat dalam rangkaian insiden yang membawa kepada kemalangan membabitkan beberapa kenderaan.

Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302

Dalam tragedi tersebut, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Semek Mat Soh, 73, Aiman Mohd Rashid, 36, isterinya Nor Azlina Abd Latip, 33, dan anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Seorang lagi mangsa ialah abang kepada suspek yang turut maut dalam nahas berkenaan.

Kes itu mendapat perhatian ramai berikutan tindakan pihak pendakwaan mengubah fokus siasatan daripada kesalahan di bawah APJ kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih berat jika disabit kesalahan.

SUMBER: NST.com.my

Auto Terkini BMW 530e kemalangan lima maut. kemalangan maut kemalangan maut Johor Mercedes Benz A250 nahas Kluang pemanduan melulu reman suspek Kluang Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.