Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

SyafieBy Syafie22/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Denza B8 2026

DENZA Malaysia rasmi melancarkan Denza B8 2026 baharu untuk pasaran tempatan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road hibrid premium pertama jenama itu di Malaysia. 

Model berkenaan tampil dengan teknologi DMO Super Hybrid, sistem kawalan casis pintar DiSUS-P dan kabin mewah premium yang menyasarkan pelanggan SUV moden prestasi tinggi.

Denza B8 2026
Denza B8 2026

Denza B8 2026 turut menjadi model pertama berasaskan teknologi DMO Super Hybrid di Malaysia dengan gabungan enjin turbo, motor elektrik dan sistem pacuan empat roda pintar (4WD).

Dua Varian – Premium dan Dynamic

Denza B8 2026

Denza B8 2026
Denza B8 2026

Denza B8 2026 ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu:

  • Denza B8 Premium (6-kerusi)
  • Denza B8 Dynamic (7-kerusi)

Model Premium hadir dengan kerusi kapten barisan kedua jenis Ottoman, fungsi urutan dan ventilasi, manakala varian Dynamic menawarkan konfigurasi lebih praktikal untuk keluarga besar.

Sistem DMO Super Hybrid, Kuasa 450kW

Di bawah bonet, Denza B8 2026 menggunakan enjin turbo 2.0L bersama dual-motor elektrik dan bateri bilah BYD Blade berkapasiti 36.8kWj.

Gabungan itu menghasilkan:

  • Output kuasa gabungan 450kW, dan tork 760Nm
  • Sistem pacuan AWD pintar
  • Jarak EV penuh 115km (NEDC)
  • Jarak pemanduan keseluruhan 1,040km (NEDC)

Denza B8 2026 turut menyediakan beberapa mod pemanduan seperti Pure EV, HEV Series dan Parallel yang dilaras secara automatik mengikut situasi semasa.

Pengecasan Pantas, Siap Fungsi V2L

Dari aspek pengecasan, Denza B8 2026 menyokong:

  • Pengecasan pantas (DC) sehingga 120kW
  • Pengecasan 30 – 80 peratus dalam 16 minit
  • Pengecasan biasa (AC) sehingga 11kW
  • Fungsi kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L) 6.6kW

DiSUS-P – Suspensi Pintar untuk Off-Road

Denza B8 2026

Denza B8 2026 turut dilengkapi Sistem Kawalan Badan Hidraulik Pintar (DiSUS-P) yang direka untuk meningkatkan kestabilan, keselesaan dan prestasi off-road.

Antara ciri utama:

  • Ketinggian boleh laras sehingga 140mm
  • Keupayaan meredah air sedalam 890mm
  • Sudut dekat 34º
  • Sudut lepas 35º
  • Tayar 275/55 R20

Sistem itu juga membantu memberikan pemanduan lebih stabil di lebuh raya dan permukaan jalan tidak rata.

Kabin Premium dengan Sistem Audio Devialet

Denza B8 2026

Memasuki ruang kabin, Denza B8 2026 menampilkan susun atur berorientasi pemandu dengan upholsteri kulit Nappa premium.

Antara ciri lain ialah:

Denza B8 2026
Denza B8 2026
  • Sistem audio Devialet dengan 18 pembesar suara
  • Kerusi boleh laras elektrik dengan fungsi ventilasi dan urutan
Denza B8 2026
  • Tempat duduk barisan kedua dan ketiga  boleh lipat dan laras elektrik
  • Ruang but sehingga 920 liter (7-kerusi)

Pelanggan juga boleh memilih lima warna luaran:

Denza B8 2026

  • Alpine White (putih)
  • Dawn Gold (emas)
  • Eclipse Black (hitam)
  • Emerald Green (hijau)
  • Nebula Silver (perak)

Waranti, Pakej Pemilikan

Denza B8 2026

Denza Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan menyeluruh, terdiri daripada:

  • Waranti kenderaan enam [6] tahun atau 150,000km
  • Servis penyelenggaraan percuma enam [6] tahun bernilai RM10,000
  • Waranti bateri voltan tinggi lapan [8] tahun atau 160,000km
  • Waranti unit pacuan lapan [8] tahun atau 160,000km
  • Adapter V2L percuma bernilai RM700

Harga Denza B8 2026 di Malaysia

Denza B8 2026

Berikut harga rasmi Denza B8 2026 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran):

  • Denza B8 Premium (6-kerusi) – RM458,800
  • Denza B8 Dynamic (7-kerusi) – RM518,800

Denza B8 2026 akan ditayangkan kepada umum bermula 22 – 24 Mei 2026 di Bangsar Shopping Centre (BSC), Pavilion Bukit Jalil dan beberapa bilik pameran Denza terpilih seperti di Denza KLCC, Glenmarie, Balakong dan Penang.

Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Denza B8 2026
Auto Terkini Denza B8 Denza B8 2026 Denza Malaysia Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Off-Road Mewah SUV PHEV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Puspakom lancar insurans dalam talian
    Auto Terkini

    Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Honda V2H Stand
    Aksesori

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik daripada EV kepada Rumah

    22/05/2026
    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.