Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik daripada EV kepada Rumah
Aksesori

Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik daripada EV kepada Rumah

Abang HirataBy Abang Hirata22/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA memperkenalkan pengecas dua hala V2H, dipanggil Honda V2H Stand untuk pasaran Jepun.

Sistem itu membolehkan tenaga elektrik disimpan dalam bateri EV, dan digunakan semula untuk membekalkan kuasa kepada rumah apabila diperlukan seperti ketika gangguan bekalan elektrik.

Walaupun EV menyimpan tenaga elektrik, bekalan kuasa kepada kediaman tidak boleh dilakukan secara terus menggunakan palam biasa kerana memerlukan peranti khas seperti sistem kenderaan-kepada-rumah (Vehicle-to-Home, V2H).

Produk itu diumumkan pada 21 Mei 2026 dan akan mula dijual di semua pengedar Honda Cars di Jepun, penghujung Jun ini.

Pengecas V2H untuk Rumah

Honda Super ONE

Honda V2H Stand ialah pengecas V2H yang membolehkan tenaga elektrik dalam bateri kenderaan elektrik (EV) disalurkan semula ke rumah.

Sistem V2H membolehkan EV digunakan sebagai sumber kuasa kecemasan ketika gangguan bekalan elektrik, selain membekalkan tenaga kepada rumah ketika penggunaan peralatan elektrik meningkat.

Peranti Honda itu juga menyokong pengecasan EV melalui port pengecas pantas (DC) dengan output maksimum 5.9kW.

Honda V2H Stand

Honda mendakwa tempoh pengecasan boleh dikurangkan hampir separuh berbanding pengecas biasa (AC) jenis 3kW.

Selain itu, penggunaan bersama sistem solar rumah membolehkan lebihan tenaga elektrik disimpan dalam EV sebelum digunakan semula untuk bekalan rumah atau pengecasan kenderaan.

Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan kos penggunaan elektrik domestik.

Rekaan Kompak, Sokongan Aplikasi Telefon Pintar

Honda V2H Stand

Honda V2H Stand menggunakan kabel penyambung terbina dalam bersama badan jenis berdiri sendiri yang langsing bagi memudahkan pemasangan dalam pelbagai kondisi parkir dengan penggunaan ruang minimum.

Namun, Honda memaklumkan tapak asas khas masih diperlukan untuk pemasangan unit tersebut.

Pengecas itu juga boleh dihubungkan dengan aplikasi telefon pintar khas V2H yang membolehkan pengguna melakukan operasi kawalan jauh dan memantau status sistem ketika berada di luar rumah.

Sesuai dengan EV Honda, Waranti 10 Tahun

Honda N Van

Honda V2H Stand sesuai dengan beberapa model EV Honda seperti Honda Super-ONE, Honda N-ONE e:, Honda N-VAN e: dan Honda e.

Bagi N VAN e: dan N ONE e:, penggunaan sistem itu memerlukan kenderaan dilengkapi port pengecas pantas, sama ada sebagai kelengkapan standard atau opsyen pengeluar.

Honda turut menawarkan tempoh waranti unit selama 10 tahun untuk penggunaan jangka panjang.

Honda N ONE

Lengkapkan Ekosistem Pengecasan EV Honda

Sebelum ini, Honda Access sudah menawarkan beberapa aksesori pengecasan EV seperti indikator pengecasan LED yang memaparkan baki tenaga bateri dan status pengecasan, selain pengecas AC biasa Honda EV Charger.

Tawaran Honda V2H Stand dilihat sebagai sebahagian usaha Honda untuk menyediakan persekitaran pengecasan EV yang lebih praktikal dan memudahkan pelanggan menikmati penggunaan EV dengan lebih yakin.

Bagaimanapun , Honda turut memaklumkan sistem V2H mungkin memberi kesan kepada peralatan perubatan elektronik seperti perentak jantung.

Honda e

Harga, Spesifikasi

Honda V2H Stand dijual pada harga 1,100,000 yen (RM27,460), tidak termasuk kos pemasangan.

  • Output maksimum 5.9kW
  • Panjang kabel sekitar 7.5 meter
  • Dimensi lebar 426 mm, panjang 300mm, dan tinggi 1,183mm
  • Harga 1,100,000 yen (RM27,460)
  • Waranti 10 tahun
  • Sokongan kawalan jauh menerusi aplikasi telefon pintar
  • Serasi sistem tenaga solar rumah
  • Menyokong fungsi bekalan kuasa rumah ketika kecemasan

 

Honda V2H Stand
Honda V2H Stand
Honda V2H Stand
Honda N Van
Honda N ONE
Honda e
Honda e
aksesori Auto Terkini Honda Honda Access Honda V2H Stand
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.