Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden
Roda2

Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden

ZYBy ZY19/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SPORTBIKE kelas 600cc mungkin kurang perhatian, baik dalam ataupun luar negara. Namun, itu tidak menghalang Kawasaki mengemas kini model kelas pertengahan, Ninja ZX-6R (2019) dengan memuatkan segala ciri baharu yang lebih moden dan terkini.

Debut pada Oktober tahun lalu, ZX-6R (2019) memiliki penampilan seiring model terkini Kawasaki lain seperti Ninja 250 dan Ninja 400 (untuk pasaran luar negara).

BACA >>> Kawasaki ZX-6R Lancar Oktober Ini di Amerika, Kuasa Dikurangkan Demi Euro4

Berikut beberapa pembaharuan ZX-6R (2019):

  • Rekabentuk gaya terkini, setanding Ninja 250 dan Ninja 400 (2018).
  • Lampu LED penuh.
  • Panel metel baharu dengan indikator gear, paras bahan api dan penggunaan minyak.
Perbandingan model baru (kiri) vs model lama (kanan)
  • Perubahan nisbah gear, lebih pendek (15/43)
  • Kawasaki Quick Shifter (naik saja) didatangkan standard
  • Tayar Bridgestone Battlax Hypersport SS2
  • Menepati piawaian emisi Euro4

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kawasaki Ninja (1984-2014) yang Perlu Anda Tahu

Selain senarai di atas, ZX-6R (2019) masih mengekalkan ciri hebat seperti model sebelum ini. Antaranya:

  • Enjin 4-silinder sebaris 636cc masih dikekalkan, tetapi ditala semula supaya mematuhi piawaian emisi Euro4 terkini. Ini menyebabkan prestasi jentera sedikit dikurangkan dengan kuasa maksimum 128hp dan tork 70.8Nm (model lama: 129hp, 71Nm).
  • Frem perimeter aluminium ringan, kuat dan kompak.
  • Suspensi depan teleskopik terbalik (USD) Showa dengan ciri Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP), antara terbaik dalam kelas pertengahan.
  • Kawalan traksi, Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan tiga mod tunggangan.
  • Fungsi ABS pintar, Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System (KIBS).
Ninja ZX-6R ABS KRT dengan grafik ala jentera lumba.

Berikut varian dan harga Ninja ZX-6R (2019):

  • Ninja ZX-6R standard – AS$9,999 (RM41,555)
  • Ninja ZX-6R ABS – AS$10,999 (RM45,711)
  • Ninja ZX-6R ABS KRT (Kawasaki Racing Team) – AS$11,299 (RM46,958)

Ninja ZX6-R versi Malaysia dijual pada harga RM79,900. Berminat?

BACA >>> #KLIMS2018: Kawasaki Lancar Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R, di Pasaran 2019

GALERI
harga kawasaki ninja Kawasaki kawasaki ninja Kawasaki Ninja 250 kawasaki ninja zx6r 2019 ninja 636 Ninja 650 roda2 sportbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

15/05/2026
Roda2

MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

15/05/2026
Roda2

Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

14/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

14/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
Roda2

MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam15/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.