• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

#TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

December 4, 2017 By Aryon 2 Comments

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


QUICK SHIFTER atau Quickshifter adalah antara terma teknologi yang kerap kita jumpa ketika membaca artikel dan spesifikasi motosikal model masa kini. Mungkin ada yang masih belum jelas tentang apakah itu Quick Shifter? Apakah kelebihan teknologi motosikal itu? Kami akan jelaskan seringkas mungkin dalam artikel ini.

APAKAH ITU QUICK SHIFTER?

Quick Shifter ialah peranti yang membenarkan penunggang menaikkan anjakan gear dengan lancar, sekali gus memendekkan masa penukaran gear.

Cara tipikal menukar gear kebiasaannya memerlukan penunggang menyahsambung klac dengan menarik tuil klac menggunakan tangan kiri, dan pada masa sama menaikkan tuas gear menggunakan kaki kiri sebelum melepaskan semula tuil klac dengan sempurna untuk mendapatkan kesan anjakan gear yang lancar.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan

Di sini, teknologi Quick Shifter dihasilkan untuk menjadikan proses anjakan gear (yang panjang) di atas menjadi lebih pantas supaya penunggang dapat memberikan lebih tumpuan kepada jalan raya. Quick Shifter tidak semestinya membuatkan motosikal lebih pantas, tetapi mampu meningkatkan keselesaan menunggang.

BAGAIMANAKAH QUICK SHIFTER BEKERJA?

quickshifter-1
quickshifter-2
quickshifter-3

Prinsip kerja Quick Shifter sangat mudah difahami. Bagi motosikal yang dilengkapi teknologi Quick Shifter, apa yang perlu dilakukan penunggang adalah terus menganjakkan gear tanpa perlu risau tidak menarik tuil klac.

Sistem inilah yang bertanggungjawab menjaga komponen hubung/nyah hubung klac ketika proses anjakan gear dibuat. Quick Shifter yang dibantu sensor atas papan (on-board) akan mengesan bilakah anjakan naik (upshift) gear berlaku.

Sistem itu kemudian akan menyingkirkan beban atas enjin dan dengan segera memotong saluran bahan api kepada enjin. Hasilnya, gear baharu boleh digelincirkan pada satu-satu posisi tanpa mengalami sebarang kerosakan transmisi.

Ada ramai penunggang masih seronok menikmati proses menukar gear motosikal. Tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih mahu memiliki motosikal baharu dengan ciri Quick Shifter supaya penunggang dapat terus fokus terhadap cara tunggangannya. Mari kita lihat video Aprillia yang memberikan gambaran tentang bagaimanakah Quick Shifter bekerja?

BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

SUMBER: ChooseMyEnemy

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Apakah Quickshifter, autotainment, motosikal, Quick Shifter, quickshifter+, roda2, tahukah anda, teknologi, Teknologi Motosikal

Comments

  1. Top 10 Bikes In India says

    October 9, 2018 at 5:09 PM

    100% Original Reviews For All Bikes Keep In Touch Top 10 Bikes In India If You Know all about new bikes.

    Reply
  2. Zulfakhri says

    August 12, 2020 at 8:50 PM

    Hai..boleh saya tahu adakah QS boleh mengakibatkan kerosakan pada crankshaft?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my