• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #KLIMS2018: Kawasaki Lancar Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R, di Pasaran 2019

#KLIMS2018: Kawasaki Lancar Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R, di Pasaran 2019

November 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Intermot 2018, Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menantikan ketibaan Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMM) baru saja melancarkan 2 model itu pada acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, tadi.

Bagaimanapun model tersebut hanya akan dipasarkan tahun depan. ZX-10RR (2019) akan tiba selewat-lewatnya awal April tahun depan, manakala ZX-6R (2019) seawal Mac.

BACA >>> Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

Berikut beberapa fakta pantas mengenai 2 model berkenaan:

1. KAWASAKI NINJA ZX-10RR (2019)

  • Pembangunan jentera ialah berasaskan tunggangan trek, ZX-10RR (2019) dikeluarkan terhad, cuma 500 unit seluruh dunia.
  • Bilangan unit ZX-10RR untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui, bergantung Kawasaki Jepun dan permintaan pasaran.
  • KMM yakin Malaysia akan jadi negara Asean yang mendapat peruntukan tertinggi seperti mana H2R sebelum ini. KMM jangka pasaran Malaysia akan menerima 10-20 unit ZX-10RR.
  • Harga jangkaan Kawasaki ZX-10RR ialah RM159,900 dengan tawaran warna Green Lime (hijau).
  • Dibangunkan berasaskan jentera lumba Kawasaki Racing Team (KRT) yang dilengkapi sambungan rod titanium Pankl yang mengurangkan berat 102 gram dan inersia aci engkol (5 peratus).
  • Ini membolehkan trenkuasa 4-silinder bekerja 600rpm lebih tinggi untuk tambahan kuasa 1hp, termasuk memberikan kelebihan ketara ketika melayan selekoh disebabkan pengurangan inersia engkol.
  • Perubahan gerakan injap finger-follower dan penambahbaikan lain menyumbang kepada prestasi enjin dengan kuasa kuda 202hp. Tidak ketinggalan lekuk rata tork juga ditingkatkan berbanding model terdahulu yang memberikan pengendalian mudah.
  • Didatangkan dengan pelana tunggal jenis trek, manakala enjin dan casis diubah suai, termasuk suspensi ditala semula. Jentera ini dipasangkan rim tempa 7-jejari Marchesini.
  • Talaan suspensi depan dan belakang memastikan pindahan berat lebih lancar ketika pecutan dan nyah pecutan atas trek. Respon dilengkapkan dengan cengkaman tayar Pirelli Diablo Supercosa.
  • Harga RM159,900.

2. KAWASAKI ZX-6R (2019)

  • Enjin 636cc menawarkan pecutan pantas pada julat tork rendah dan pertengahan, sekali gus menyumbang kepada tunggangan harian yang lincah dan mudah .
  • Bahagian casis ditala yang menumpukan kepada tunggangan di laluan berselekoh daripada trek hingga lebuh raya, termasuk jalan bandar.
  • Mematuhi standard emisi Euro4.
  • Dipadankan transmisi Cassette yang memudahkan penukaran gear yang pantas. Nisbah akhir gear satu yang pendek memberikan kuasa low end kuat.
  • Dipadankan Kawalan Traksi, Pengurusan Brek Gred Supersport dan Quick Shifter dan panel instrumen multifungsi baharu. Kawasaki Quick Shifter (KQS) kini menjadi ciri standard yang memudahkan penukaran gear.

BACA>>>Debut Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden

  • Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC) dalam 3 mod menawarkan prestasi tunggangan sport terbaik dalam apa juga situasi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pintar .
  • Dari segi gaya, rekaan instrumen  ZX-6R memaparkan takometer analog besar dan dipadankan lampu amaran, indikator posisi gear dan skrin LCD multifungsi.
  • Padanan lampu depan kembar LED memberikan pandangan tajam, manakala lampu belakang LED diilhamkan daripada Ninja ZX-10R.
  • Dimensi ergonomik antara pelana, peg kaki dan hendal clip-on menawarkan posisi tunggangan sport bersama padanan kowl dan visor pengadang angin yang memberikan perlindungan maksimum.
  • Tuil klac 5 tetapan membolehkan penunggang menyesuaikan capaian jari mengikut keselesaan.
  • Ninja ZX-6R dijual pada harga sekitar RM79, 900.

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja ZX-10RR (2019), Kawasaki Ninja ZX-6R 2019, kawasaki zx-10rr, Kawasaki Zx-10RR (2019), KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev