Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Datuk Bandar London Mahu Haramkan Kenderaan Dekat Kawasan Sekolah, Elak Pencemaran Udara
Auto Terkini

Datuk Bandar London Mahu Haramkan Kenderaan Dekat Kawasan Sekolah, Elak Pencemaran Udara

Han OthmanBy Han Othman24/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DATUK Bandar London, Sadiq Khan merancang supaya kereta dilarang berada di jalan raya berdekatan sekolah dalam usaha mengurangkan pencemaran udara ke atas murid. Bercakap kepada The Times, Sadiq mendakwa ramai ahli politik terlepas pandang dengan risiko kesihatan disebabkan pencemaran udara, sama seperti mereka yang tahu tentang bahaya merokok sejak 50 tahun lalu, tetapi gagal bertindak.

Alasan kenapa saya sangat marah dan jadi keutamaan saya ialah sains dan bukti tidak boleh dipertikaikan lagi. Kerajaan nampak seakan mengabaikan ia.

“40 atau 50 tahun lalu, kita sudah fikir merokok sangat buruk, tetapi nenek moyang kita tidak ambil tindakan. Kita tahu kualiti udara ialah pembunuh, ia buat anda sakit dan tiada tindakan diambil. Ini ialah darurat kesihatan.”

– Sadiq Khan, Datuk Bandar London

Menurut kajian terbaru di Britain, puluhan ribu kanak-kanak di London kerap terdedah kepada tahap pencemaran udara berbahaya yang mampu menjejaskan kesihatan mereka, lapor Evening Standard. Laporan itu turut mendakwa terdapat kira-kira 9,000 kematian muda setiap tahun di ibu kota itu adalah berpunca akibat pencemaran udara.

BACA >>> Apa Terjadi Kalau Bandar Raya Kuala Lumpur Tanpa Kapcai?

Di beberapa bahagian di London, pemandu kenderaan sudah dilarang memasuki jalan raya tertentu berhampiran sekolah. Kini Sadiq merancang menguat kuasa larangan sama di beberapa kawasan lain yang berbaki.

BAGAIMANA MALAYSIA?

Kuala Lumpur (KL) sebagai ibu kota Malaysia mungkin memerlukan masa lebih lama untuk melaksanakan peraturan seperti London memandangkan kesedaran mengenai alam sekitar tidaklah begitu diambil beratkan penduduk KL . Selain memerlukan sokongan penduduk bandar itu sendiri, KL juga memerlukan seorang individu yang mempunyai hasrat politik (political will) tinggi untuk menjayakannya, bukan sekadar memikirkan habuan dan kepentingan politik semata-mata.

Menurut laman Numbeo, London berada di kedudukan 179 sebagai bandar dengan indeks pencemaran tinggi setakat tahun dan bulan ini, manakala KL berada di tempat ke-84. Namun, KL bukanlah bandar raya paling teruk di Asean. Berikut ialah ranking bandar-bandar negara Asean dengan indeks pencemaran udara tinggi, di mana Singapura menjadi negara Asean paling bersih kualiti udara:

  1. Ho Chi Minh (12)
  2. MANILA, Filipina (18)
  3. HANOI, Vietnam (20)
  4. Yangon (24)
  5. Quezon City (29)
  6. JAKARTA, Indonesia (40)
  7. Pattaya (52)
  8. Bandung (58)
  9. Phnom Penh (64)
  10. Bali (70)
  11. Cebu (73)
  12. Chiang Mai (76)
  13. Makati (81)
  14. Iloilo (81)
  15. KUALA LUMPUR, Malaysia (84)
  16. BANGKOK, Thailand (100)
  17. Surabaya (129)
  18. Baguio (143)
  19. Phuket (150)
  20. Davao (163)
  21. LONDON (179)
  22. SINGAPURA (243)

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini Datuk Bandar London indeks pencemaran udara dunia Kuala Lumpur London London rancang haramkan kenderaan dekat sekolah Malaysia Sadiq Khan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.