Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Cruiser Voge CU250 dengan Enjin V-Twin yang Mesra Penunggang Amatur
Roda2

Cruiser Voge CU250 dengan Enjin V-Twin yang Mesra Penunggang Amatur

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sudah menyaksikan ketibaan Voge CU525 yang dibawa MForce Bike Holdings (MForce Bike) di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Namun di peringkat global, ada satu lagi cruiser Voge bersaiz lebih kecil, iaitu Voge CU250. Apa membuatkan model itu menarik ialah konfigurasi trenkuasa V-Twin 250cc.

Penulis bersama beberapa rakan media lain berpeluang menguji beberapa barisan model Voge daripada 900cc hingga 150cc, termasuk CU250 ketika mengikuti lawatan MForce Bike ke kilang Loncin di Chongqing, China, baru-baru ini.

Seperkara perlu dikatakan, trek ujian itu berbentuk seakan bujur dengan ada selekoh sedikit tajam dan laluan memecut kira-kira 300 meter, laluan mendaki khas, jalan berlubang, jalan tidak rata dan jalan berbonggol.

Arah tunggangan kami semuanya membelok di sebelah kiri dan trek tersebut terletak di kawasan perkarangan kilang Loncin di Chongqing.

Tunggang uji dibuat agak ringkas dengan beberapa pusingan lap tanpa had masa untuk membolehkan semua peserta merasai kawalan dan pengedalian, termasuk pembrekan serta pecutan.

Cruiser Voge CU250 sememangnya seronok ditunggang mengikut kelasnya dengan menawarkan pengendalian mudah, dan daya pecutan yang seiring karakter dan prestasi enjin.

Respons terotel lembut dengan hantaran kuasa linear  dan anjakan gear lancar. Posisi badan berada dalam keadaan selesa, dan begitu juga kaki yang tidak begitu menjulur ke depan.

Memang mudah buat penunggang baharu yang mahu memiliki sebuah cruiser kecil. Namun belum ada kepastian cruiser itu akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Spesifikasi Voge CU250 Versi Global

  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder V-Twin 249.9cc 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 26.8hp @ 9,000rpm, dan tork 23Nm @ 7,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan tali sawat.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absorber (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal pada roda depan dan belakang.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar 120/80 (depan) dan rim 15 inci dengan tayar 150/80 (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Panel meter digital berwarna dan sistem lampu LED penuh.
  • Dimensi panjang 2,205mm, lebar 820mm dan tinggi 1,090mm, manakala jarak roda 1,460mm.
  • Jarak tinggi bumi 175mm.
  • Tinggi pelana 720mm dan berat bersih 163kg.
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter.
autoterkini cruiser MForce Bike Holdings (MForce Bike) roda2 Tunggang Uji VOGE CU250
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.