Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin
Auto Terkini

Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin

Abang HirataBy Abang Hirata15/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) pada 13 Mac lalu mengeluarkan amaran Eropah sebagai kawasan letusan pandemik Covid-19 dengan kes harian lebih tinggi berbanding China ketika kemuncak wabak itu.

Pada hari sama, Itali mencatatkan kadar kematian tertinggi sehari dengan jumlah 1,266 orang maut setakat petang Jumaat, manakala 17,660 orang dijangkiti. Jumlah tersebut meningkat mendadak 2,547 orang sejak petang Khamis lalu (12/03).

Wabak tersebut turut menjejaskan dunia permotoran apabila empat pusingan awal Formula Satu (F1) terpaksa dibatalkan (Australia) dan ditunda (China, Bahrain dan Vietnam).

Di Itali, pada 9 Mac lalu, Kerajaan mengumumkan perintah kuarantin atau berkurung seluruh negara dengan menguatkuasakan sekatan pergerakan ke atas semua penduduk kecuali untuk tujuan penting seperti kerja dan kesihatan. Arahan berkurung pertama di Itali bermula 20 Februari lalu melibatkan 11 majlis perbandaran dalam daerah Lodi.

BACA >>> Covid-19: Pusingan F1 di GP Bahrain, Vietnam Ditunda Hingga Diberitahu

Sebagai sokongan kepada arahan Kerajaan, Automobili Lamborghini pada 12 Mac lalu mengumumkan menutup Kilang Sant’Agata Bolognese bermula 13 Mac hingga 25 Mac ini. Penutupan tersebut dijangka menjejaskan pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus yang sedang mendapat sambutan hangat.

Lamborghini mencatatkan prestasi luar biasa dengan jualan 2019 meningkat 43 peratus berbanding 2018. Jualan 2019 merekodkan 8,205 unit, dan model Urus saja mencecah hampir 5,000 unit.

Apapun, keputusan menutup kilang adalah tindakan betul sebagai langkah berjaga-jaga yang tidak hanya untuk pekerja, tetapi juga masyarakat sekeliling.

BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Auto Terkini Automobili Lamborghini Covid-19 Kilang Lamborghini Tutup Koronavirus Lamborghini Lamborghini Urus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sant’Agata Bolognese Wabak WHO
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.