Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Pusingan F1 di GP Bahrain, Vietnam Ditunda Hingga Diberitahu
Auto Terkini

Covid-19: Pusingan F1 di GP Bahrain, Vietnam Ditunda Hingga Diberitahu

TalibBy Talib15/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN Formula Satu (F1) tidak hanya dibatalkan di Australia. Terbaharu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut mengumumkan menunda pusingan perlumbaan di Bahrain dan Vietnam akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut FIA, perlumbaan F1 dijangka bermula Mei nanti dan perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

BACA >>> Covid-19: Selepas Krew McLaren Positif Dijangkiti, GP Australia Dibatalkan

Awal penularan Covid-19 memaksa FIA menunda litar lumba China, bulan lalu. Kemudian, disusuli pembatalan pusingan pembukaan F1 di Melbourne pada Khamis lalu kerana salah seorang kru pasukan McLaren disahkan positif Covid-19.

Pada Jumaat lalu, FIA dan F1 turut menunda perlumbaan di GP Bahrain yang sepatutnya berlangsung dua minggu akan datang, termasuk perlumbaan sulung di GP Vietnam, sebulan lagi.

Berdasarkan keputusan terdahulu, GP Bahrain asalnya akan berlangsung tanpa kehadiran penonton dan kawalan kesihatan lebih ketat. Namun, berdasarkan situasi semasa pihak penganjur memutuskan menunda dahulu perlumbaan.

PENJELASAN

Perlumbaan F1 masih belum bermula untuk musim 2020.

Berikut kenyataan bersama dibuat antara F1, FIA, penganjur dan Kerajaan terlibat:

Susulan pembatalan perlumbaan di GP Australia minggu ini dan situasi serangan wabak Covid-19, semua pihak terlibat mengambil keputusan ini (pembatalan) bagi memastikan kesihatan dan keselamatan staf, ahli pasukan dan penonton. Ini keutamaan pihak kami.”

Semua pihak juga berharap perlumbaan dapat ditunda pada tarikh akan datang berdasarkan implikasi keseluruhan kawalan virus. Malah perbincangan turut diadakan dengan pihak penganjur di Bahrain dan Vietnam untuk mencari tarikh yang sesuai tahun ini.

Jika keadaan bertambah pulih di kedua-dua negara, Eropah bakal menjadi venue pembukaan F1 musim ini. Bagaimanapun, keputusan akan dibuat berdasarkan situasi semasa di rantau itu.

RUMUSAN KENYATAAN

Tarikh ganti GP Bahrain dan GP Vietnam masih dalam perbincangan

Pengerusi dan CEO F1, Chase Carey berkata, keselamatan peminat dan staf terlibat paling penting kerana impak semasa Covid-19 tidak dapat dijangka.

Langkah betul adalah mengambil masa mengenal pasti keadaan dan memberikan keputusan yang tepat. Keputusan yang dibuat bersama FIA dan penganjur adalah demi keselamatan peminat dan staf terlibat.

“GP Bahrain adalah salah satu litar lumba hebat dan kami akan cuba melangsungkannya secepat mungkin. Kami turut dalam usaha melangsungkan perlumbaan GP Vietnam. Ini akan membawa semua peminat F1 ke satu bandar menarik dunia.”

Presiden FIA, Jean Todt pula berkata;

Pertama sekali adalah menyelamatkan semua orang. Kerjasama bersama pihak terlibat dan membatalkan perlumbaan di lokasi semasa adalah satu-satunya keputusan yang boleh dilakukan berdasarkan semua maklumat kami ada setakat ini.

“Kami akan terus bergantung kepada maklumat diberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak Kerajaan. Kami akan bekerjasama dengan mereka sepanjang tempoh tidak dijangka ini demi keselamatan peminat, pasukan dan komuniti sukan permotoran.”

PANDANGAN PASUKAN TERLIBAT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mercedes-AMG F1 (@mercedesamgf1) on Mar 12, 2020 at 4:55pm PDT

Sementara itu, pelumba dan pasukan terlibat juga menyokong sepenuhnya keputusan berkenaan. Tanda sokongan dapat dilihat di setiap laman rasmi masing-masing yang bersetuju perlumbaan F1 ditangguhkan sementara menunggu kesan penularan reda.

Seperti semua sedia maklum, penularan wabak Covid-19 masih tiada penyelesaian kerana masih tiada vaksin atau kaedah pencegahan ditemui. Langkah pencegahan sekarang adalah mengelak penularan wabak tersebut.

Pembatalan dan penangguhan perlumbaan F1 adalah langkah tepat bagi menjamin keselamatan semua pihak terlibat. Semoga wabak virus ini dapat penyelesaian dan sukan permotoran ini dapat bermula secepat mungkin.

BACA >>> De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020

Auto Terkini Chase Carey Covid-19 F1 F1 Batal FIA Formula Satu (F1) Jean Todt Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Wabak
Talib

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.