Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana
Auto Terkini

Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERINTAH Kawalan Pergerakan untuk mengelak penularan wabak Covid-19 yang berkuatkuasa semalam dikecohkan dengan sikap ramai rakyat Malaysia mengambil peluang mahu pulang ke kampung.

Kekecohan itu turut memaksa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan rentas negeri selepas Balai Polis tiba-tiba sesak teruk diserbu orang ramai yang mahu mengisi borang kebenaran balik kampung.

Tidak salah untuk panik dengan situasi sekarang, tetapi janganlah melampau. Cuba bertenang dan buat langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan diri dan elak berkumpul di kawasan ramai orang. Namun, tetap masih ada juga segelintir rakyat Malaysia yang kurang faham, dan berdegil hendak menghadam maklumat.

BACA >>> Covid-19: Polis Selangor Lancar Operasi Halau ‘Orang Ketegaq’ Balik Rumah

Tahukah anda pergerakan berkumpulan atau bersesak-sesak di jalan raya, terutama di kawasan Henti dan Rawat (R&R) boleh memburukkan lagi keadaan? Sedangkan objektif Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk mengelak sebarang sentuhan atau kontak sosial yang mampu meningkatkan risiko penularan wabak.

Sedih dengan sikap orang kita yang masih tidak faham. Adakah kita mahu jadi seperti Itali yang sekarang dalam situasi Lockdown atau Berkurung disebabkan tindakan penduduknya yang enggan patuh arahan dan mengambil sambil lewa?

Di bawah ini ialah coretan peringatan kepada dunia yang ditulis seorang warga maya Itali supaya tidak mengulangi kesilapan yang mereka lakukan. Nota itu ditulias sebelum jumlah korban Covid-19 di Itali meroket naik dan menyebabkan ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat Itali lumpuh sama sekali.

Berikut nota yang dikumpulkan dan diterjemahkan daripada Twitter Christopher TFf.

BACA >>> Covid-19: Perodua Tutup Operasi Kilang, Pengedar Hingga 31 Mac 2020

Kami sudah mengalaminya sehingga kami tahu apa yang sedang anda fikir saat ini. Semuanya bermula dari tahap pertama yang mana kami tahu Covid-19 itu wujud dan sudah ada kes dalam negara. Ramai fikir tiada apa perlu dibimbangkan kerana Covid-19 cuma simptom selesema pada peringkat lebih teruk.

“Selain itu, ramai anggap tidak mudah dijangkiti kerana masih muda. Kemudian ketika beberapa orang mula menggunakan topeng muka di luar, dan kerap cuci tangan, ada segelintir yang memandang sinis dengan andaian mereka terlalu berlebihan. Dan mereka tetap jalani hidup macam biasa tanpa rasa takut.

“Lalu masuk tahap kedua, angka kes terus meningkat signifikan hingga (22 Februari) satu hingga dua bandar di Itali dikuarantinkan, termasuk diisytiharkan zon merah. Kami mula bimbang, tapi fikir petugas perubatan akan buat rawatan hingga tidak perlu panik.

“Kami juga fikir beberapa mangsa yang meninggal adalah orang tua. Kami masih terus jalani hidup macam biasa dan bertemu rakan kerana anggap situasi baik saja. Selepas itu, jumlah pesakit meningkat dengan cepat dan angka naik dua kali ganda sehari. Kematian juga semakin banyak.

Kemudian (7 Mac), 4 wilayah dengan kes tertinggi diasingkan dan berada dalam zon merah. Hingga 25 peratus Itali diasingkan. Sekolah, dan universiti ditutup, tetapi pejabat, bar hingga restoran dan tempat umum lain masih dibuka. Hal tersebut membuatkan 10,000 orang dari zon merah kembali ke rumah masing-masing.

BACA >>> Covid-19: Pendapatan Merosot, Malindo Air Serah Pesawat Kepada Batik Air

TAK PEDULI AMARAN GESA KURANGKAN AKTIVITI LUAR

Sebahagian besar penduduk Itali masih beraktiviti macam biasa. Masing-masing tidak sedar betapa serius situasi dihadapi. Pesanan mengingatkan orang ramai supaya cuci tangan dan mengurangkan kegiatan luar tidak dipedulikan.

“Malah, setiap 5 minit televisyen mengingatkan peraturan itu, tetapi ramai tidak ambil berat. Angka mangsa terus meningkat dan mencapai rekod sangat tinggi. Pusat pengajian  seluruh Itali ditutup sebulan. Kerajaan mengumumkan situasi darurat kesihatan kebangsaan.

“Hospital penuh, seluruh ruang dikosongkan untuk pesakit Covid-19. Kakitangan perubatan kurang hingga perlu memanggil balik mereka yang sudah bersara untuk bantu. Namun tetap tiada perubahan, mereka bekerja sebaik mungkin.

“Doktor dan jururawat juga dijangkiti dan merebak kepada keluarga mereka. Terlalu banyak kes pneumonia, terlalu ramai orang yang masuk unit rawatan rapi (ICU) dan tidak cukup tempat untuk semua orang. Sehingga doktor perlu memilih pesakit berdasarkan peluang peratusan hidup mereka.

“Ini bermakna pesakit strok dan lain perlu dibiarkan dulu demi merawat pesakit Covid-19 yang jadi keutamaan. Penulis mengharapkan ini hanya ilusi, tetapi itulah yang berlaku. Orang-orang meninggal kerana tiada rawatan.

BACA >>> Covid-19: Syarikat Automotif Indonesia Keluarkan Produk Cecair Sanitasi Tangan

Zon merah di wilayah dan bandar yang teruk dijangkit Covid-19

Seorang rakan doktor cerita, dirinya luluh membiarkan tiga orang meninggal hari itu. Pasukan perubatan menangis melihat orang meninggal dan tidak boleh buat apa-apa. Mereka tidak boleh beri oksigen kerana perlu mengutamakan pesakit lain.

“Situasinya sangat kacau, virus Covid-19 dan krisis adalah berita yang mereka dengar di mana-mana. Masih ingat 10,000 orang yang lari dari zon merah? Selepas itu orang-orang masih pergi bekerja, berbelanja, dan perniagaan pun masih dibuka.

“Pada 9 Mac, Itali isytihar lockdown. Tujuannya untuk mengurangkan penularan virus. Orang mula ketakutan, mereka mula pakai topeng muka dan sarung tangan. Selepas itu semua bar, restoran dan pusat beli-belah tutup kecuali pasar raya dan farmasi.

“Mereka hanya dibenarkan keluar apabila dapat sijil kelulusan yang berisi nama dan tujuan pergerakan. Sangat ramai polis berkawal di banyak lokasi.”


Graf menunjukkan trend kenaikan kes yang lebih kurang sama dengan Itali.

Wahai rakyat Malaysia, adakah kita tidak belajar daripada apa yang rakyat Itali hadapi sekarang? Patuhilah arahan Kerajaan dan polis. Kurangkan pergerakan dan kontak sosial! Berhenti memenuhi jalan raya bergerak pulang ke kampung. Kerajaan suruh kita mengawal pergerakan dan bukan tambah pergerakan beratus kilometer dari rumah.

Auto Terkini Coronavirus Covid-19 Itali Koronavirus Lockdown Nota Itali Perintah Berkurung Perintah Kawalan Pergerakan Wabak wabak covid-19
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.