• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Syarikat Automotif Indonesia Keluarkan Produk Cecair Sanitasi Tangan

Covid-19: Syarikat Automotif Indonesia Keluarkan Produk Cecair Sanitasi Tangan

March 17, 2020 By MS Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT pembekal barangan automotif Indonesia, PT Foerch Indonesia (Wealthy Group) melancarkan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) jenama sendiri sebagai respon kepada penularan wabak Covid-19 yang turut melanda negara seberang itu.

Menurut PT Foerch, cecair pencuci tangan 50ml keluaran syarikat itu mampu membunuh 99 peratus kuman, termasuk segala jenis virus penyebab penyakit berjangkit. Kandungan bahan juga disahkan selamat dan boleh digunakan kanak-kanak.

BACA >>> Covid-19: GrabFood Kekal 'ON' untuk Pelanggan Malaysia

Pencuci tangan itu juga tidak perlu dibilas dan juga cepat kering serta tidak mudah melekit, termasuk mesra alam kerana boleh dikitar semula.

Pencuci pensanitasi tangan buatan PT Foerch boleh dikategorikan sebagai produk yang baik untuk kegunaan orang ramai. Selain berfungsi sebagai pembunuh kuman, ia juga mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit supaya tidak kering dan sentiasa lembab.

Produk tersebut kini sudah mula dijual seluruh Indonesia bermula hari ini. Orang ramai, khususnya warga tempatan diingatkan supaya menjaga kesihatan diri dan orang tersayang supaya dapat mengelak penularan Covid-19 yang semakin serius.

Anda diminta kerap mencuci tangan selepas memegang objek dan permukaan tertentu. Jangan lupa memakai pelindung diri seperti topeng muka yang disyorkan dan patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA >>> Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin

SUMBER: Kabaroto

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cecair Pensanitasi Tangan, Covid-19, hand sanitizer, pembersih tangan, PT Foerch Indonesia, Wabak Koronavirus, Wealthy Group Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my