Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CFMoto Papio 125 XO (2023) Masuk Pasaran Jun Ini, Harga Mula RM8.8k!
Roda2

CFMoto Papio 125 XO (2023) Masuk Pasaran Jun Ini, Harga Mula RM8.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CFMOTO Malaysia bakal menawarkan motosikal retro mini CFMoto Papio 125 XO (2023) secara rasmi ke pasaran tempatan bermula Jun ini.

Harga jualan asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan ialah RM8,888 seunit. Dua unit yang dipamerkan di reruai CFMoto Malaysia di pameran Malaysia Autoshow 2023 dibawa khas dari China untuk sesi pengenalan.

Berikut perincian CFMoto Papio 125 XO (2023):

  • Ada tiga warna ditawarkan: Nebula White (putih), Fiery Red (merah) dan Moss Green (hijau).
  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 126cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (Fi) berkuasa 9.4hp @ 8,500rpm dan tork 8.3Nm @ 6,500rpm. Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 210mm dengan kaliper dwi-piston di depan, dan cakera tunggal 190mm dengan kaliper piston tunggal di belakang.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi saiz 12 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 130/70 (belakang).
  • Cermin sisi dipasang pada hujung bar hendal. Visor angin disepadu dalam fairing kepala
  • Panel meter bulat kombinasi digital dan analog.
  • Pelana motosikal jenis bertingkat. Mufler ekzos diposisikan bawah pelana dan lampu belakang.
  • Pemegang plat belakang diposisi pada madgad belakang bersama lampu signal belok.
  • Kapasiti tangki minyak 7 liter. Berat kasar 114kg.
  • Dimensi panjang 1,750mm, lebar 700mm dan tinggi 975mm, manakala jarak roda 1,214mm.
  • Tinggi pelana 760mm.
CFMOTO Malaysia CFMoto Papio 125 XO (2023) Malaysia Autoshow 2023 MForce Bike Holdings Motosikal Mini roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.